Tema Pra-Pelancaran MAHA 2018 Segalanya Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tema Pra-Pelancaran MAHA 2018 Segalanya Wanita | Pastinya setiap 2 tahun, acara tahunan yang ditunggu dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  iaitu Ekspo Pertanian, Holtikultur dan Agro pelancongan Malaysia. Untuk MAHA 2018 kali ini bakal diadakan di MAEPS, Serdang Selangor dari 22 November hingga 2 Disember 2018. Tema Makanan Kita, Masa Depan Kita masih lagi dikekalkan cuma tambahan tema untuk tahun ini sesuatu yang unik dan mempunyai persamaan dengan KP iaitu Segalanya Wanita . Tahun 2018 dalam MAHA kali ini mengiktiraf peranan wanita dalam usahawan dan sebagai orang penting dalam industri agromakanan.

Segalanya Wanita

Memandangkan tahun ini YAB Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Tahun Memperkasa Wanita, MOA turut tidak melepaskan peluang untuk turut bersama-sama memberi sokongan penuh dan mewujudkan tema Segalanya Wanita sewaktu majlis Pra-Pelancaran MAHA 2018. Kelainan MAHA kali ini ialah mensasarkan lebih kurang 50 peratus penglibatan usahawan wanita dan memilih diantaranya untuk menjadi sumber insiprasi kepada masyarakat diluar sana. Beberapa Ikon usahawan wanita bakal berganding bahu untuk menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti bakal diadakan di samping pameran jua jualan produk yang dikaitkan dengan kehidupan wanita. Dengar-dengar ramai usahawan wanita bakal turun padang untuk memeriahkannya. Buat pengetahuan anda, MAHA adalah platform terbaik untuk memperkasakan usahawan. Tak sabar untuk kembali !!

Di majlis pra pelancaran MAHA 2018, Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek (Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) sempat berkongsi tentang Segalanya Wanita. Beliau memandang tinggi peranan wanita dalam keluarga terutamanya. Beliau mengangkat martabat wanita sebagai satu solidariti yang perlu kita perjuangkan hari ini.

Perkongsian tetang kisah bagaimana wanita (khasnya orang Kedah) yang memang suka “menggulai”. Sebenarnya maksud “menggulai” ialah wanita yang menyediakan masakan gulai untuk keluarga mereka. Kalau orang lama dulu, proses menggulai mengambil banyak langkah dan kaedah sebelum ianya siap. Dari proses memotong, mengupas, memarut kelapa, memerah santan, menumis dan sehinggalah ianya menjadi masakan gulai yang sedap. Ini semua dibuat oleh wanita walaupun melalui pelbagai proses yang luar biasa.

Itu belum kira lagi selepas menggulai ( hidangan siap) suap-menyuap untuk setiap satu mulut anak-anak. Selepas selesai , turut sama turun untuk membanting tulang bersama si suami bagi menambahkan rejeki yang sedia ada. Jadi tidak hairanlah kalau ada yang berkata wanita memang hebat bukan setakat dirumah jua di luar sana lebih lagi pada mereka yang berjinak dalam bidang usahawan yang melibatkan agromakanan terutamanya.

3 ikon usahawanita yang sudah berjaya dalam bidang agromakanan iaitu Puan Rohazawati (pengusaha durian crepe), Puan Sharifah (pengusaha cili Bangi) dan Puan Norli (usahawan biskut dan kerepek) di perkenalkan. Menerusi perkongsian ini sebenarnya mengajar betapa wanita itu mampu bangkit dan berani mengharungi segala cabaran. Sokongan daripada keluarga yang terdekat seperti suami adalah kunci utama. Biarpun wanita itu sudah terlibat dalam bidang usahawan, peranan dan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga tidak pernah dilupakan

MAHA 2018

Untuk MAHA 2018, MOA (Ministry of Agriculture and Agro-based Industry Malaysia) telah menetapkan sasaran jualan sebanyak RM300 juta dan lebih 3.5 juta pengunjung yang mana 30% adalah daripada penglibatan golongan belia. MAHA 2016 telah berlangsung dengan meriah dan sukses yang mana seramai 3.7 juta pengunjung telah hadirkan diri dan perjanjian jualan melebihi 400 juta berjaya diraih. Sepertimana yang kita ketahui sepanjang ekspo MAHA akan dipenuhi dengan pengisian pelbagai aspek agromakanan seperti tanaman, ternakan, perladangan serta perikanan. Banyak aktiviti yang melibatkan agropelancongan, perdagangan, kulinari, pembiayaan bakal di kongsikan bersama dengan para pengunjung. Selain itu  terdapat juga jualan bahan pertanian dan makanan seperti juadah popular dari seluruh negara, produk-produk dari industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayuran segar, anak pokok, pokok bunga serta ikan-ikan segar

13 pavilion negeri akan dibuka dimana ianya akan menampilkan identiti, kebudayaan, dan juadah negeri yang boleh dinikmati oleh pengunjung. Ini adalah sepertimana MAHA yang pernah berlangsung tahun-tahun sebelum ini, terdapat juga LAMAN khas untuk pertanian, perikanan, nenas, ternakan dan sebagainya. Sekaligus membolehkan pengunjung dapat mendekati dan mengenali produk-produk tempatan dari setiap laman, terutama menikmati pengalaman pertanian secara hands-on.

Setakat ini MAHA 2018 telah menarik 11 penaja dan rakan strategik, antaranya seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Agrobank, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Oblong Berger, Sime Darby Plantantion, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Nestle Malaysia, Jamu Mak Dara, Cervello Tres Sdn. Bhd. dan MEPL

Road to MAHA 2018

Dan sebenarnya MOA sudah merangka beberapa aktiviti di karnival bergerak bersempena dengan “Road to MAHA 2018”. Antara lokasi yang bakal bertemu bersama para pengunjung untuk berkongsi tentang MAHA 2018 adalah di Lundu (24-25 Mac 2018), Teluk Intan (31 Mac- 1 April 2018) dan Kemaman (5-7 April 2018).
Oh ya! Ada berita baik untuk usahawan di luar sana, jika berminat untuk menyertai MAHA (membuka booth) boleh hubungi pihak urusetia memandangkan akan dibuka tempahan gerai jualan dan sehingga entri ini ditulis, dikatakan sebanyak 30 peratus daripada 1500 gerai jualan telah dilanggani.
Boleh hubungi:-
SEKRETARIAT MAHA 2018 
Contact No. : 012-2787936 
Email : maha.sales.team@gmail.com 
Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
#moa
#maha2018
#segalanyawanita
#roadtomaha2018
#ourfoodourfuture



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge