Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pensonic Sebagai Pengedar Eksklusif Jenama Morphy Richards & Belling |Pensonic telah mendapat hak pengedaran eksklusif untuk peralatan terkenal UK iaitu jenama Morphy Richards dan Belling. Kedua-dua jenama tersebut adalah di bawah Kumpulan Syarikat Glen Dimplex. Perjanjian perkongsian ini yang telah ditandatangani pada 15 Mac 2018, memberi hak istimewa kepada Pensonic untuk menjadi pengedar tunggal peralatan Morphy Richards and Belling di pasaran Malaysia dan Singapura.
Pensonic, iaitu sebuah syarikat tempatan yang berkembang maju, mempunyai rangkaian pengedaran sebanyak 10 cawangan dan lebih daripada 900 orang peniaga di Malaysia, dan juga pejabat-pejabat di Malaysia dan Singapura. Ini secara strategik menempatkan Pensonic sebagai pilihan semulajadi untuk mengedar dan menjual jenama-jenama ini di Malaysia dan Singapura.
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Pensonic Holdings Berhad En.Vincent Chew berkata,
“Perkongsian di antara Kumpulan Syarikat Pensonic dengan Kumpulan Syarikat Glen Dimplex membawa kepakaran dari segi yang mendalam daripada kedua-dua syarikat ini mengenai produk di rumah, untuk menyampaikan peralatan yang lebih peka kepada keperluan pelanggan-pelanggan dan mampu bertanding di pasaran global yang kini semakin mencabar. Peniaga-peniaga kami berada di banyak lokasi di Malaysia dan Singapura supaya pelanggan-pelanggan boleh mendapatkan produk dengan mudah, sokongan dan khidmat pelanggan yang cemerlang.
“Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meluaskan lagi daerah liputan perniagaan dengan adanya peluang pengedaran produk-produk ini. Tambahan, kedua-dua jenama ini akan melengkapan rangkaian jenama-jenama kami yang sedia ada serta menyumbang kepada kemajuan dan ketahanan Kumpulan Syarikat di masa akan datang”. Peluang pengedaran produk juga tiba tepat pada masanya kerana Pensonic menjangkakan pemulihan dalam pasaran pengguna dan kami telah bersedia untuk menawan pasaran yang lebih besar apabila keadaan ini berlaku. Walaupun keadaan ekonomi semakin mencabar dan pasaran tidak menentu, produk di rumah mempunyai masa depan yang cerah kerana pembeli inginkan produk yang memudahkan dan memberi nilai kepada gaya hidup mereka.
Sempena menandatangani perjanjian perkongsian dan pelancaran dua jenama tersebut, satu peraduan akan diadakan bagi menambahkan kesedaran di kalangan pengguna tempatan mengenai seterika Morphy Richards (MR).
MR telah memperkenalkan seterika kawalan elektrik pada tahun 1939, dan pada satu ketika dahulu, pernah menjadi pemimpin pasaran dunia. Jenama ini pulih semula setelah memperkenalkan rangkaian seterika bermutu tinggi yang inovatif untuk meningkatkan semula keyakinan pelanggan supaya seterika MR menjadi pilihan pertama mereka. Fokus peraduan ini adalah pada sejarah dan kemasyhuran MR dalam membuat peralatan rumah yang berprestasi tinggi, terutamanya seterika elektrik. Tempoh pertandingan ialah dari 15 Mac hingga 31 Mei 2018. Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi iaitu produk dari Morphy Richards adalah seperti berikut:-
Hadiah Utama (bernilai RM12,668.00):
- Cerek ‘Rose Gold’ Morphy Richards
- Pembakar Roti ‘Rose Gold’ Morphy Richards
- Pembancuh ‘Espresso’ Morphy Richards
- Pengisar Pelbagai Morphy Richards
- Seterika Penjana Stim Morphy Richards
- Papan Seterika Bermutu Tinggi Morphy Richards
- Pembersih Vakum ‘Supervac Deluxe’ Morphy Richards
- Pembersih Stim 9 dalam 1 Morphy Richards
- Kipas Menara Prisma Morphy Richards
- Pendingin Udara Sejatan Morphy Richards
- Pendingin Wain 46 botol Belling
Hadiah Naib Johan Pertama (bernilai RM8,271.00):
- Cerek ‘Rose Gold’ Morphy Richards
- Pembakar Roti ‘Rose Gold’ Morphy Richards
- Pembancuh ‘Espresso’ Morphy Richards
- Pengisar Pelbagai Morphy Richards
- Seterika Penjana Stim Morphy Richards
- Papan Seterika Bermutu Tinggi Morphy Richards
- Kipas Menara Prisma Morphy Richards
- Pendingin Wain 18 botol Belling
Hadiah Naib Johan Kedua (bernilai RM5,714.00):
- Cerek ‘Rose Gold’ Morphy Richards
- Pembakar Roti ‘Rose Gold’ Morphy Richards
- Seterika Penjana Stim Morphy Richards
- Papan Seterika Bermutu Tinggi Morphy Richards
- Pendingin Wain 18 botol Belling
Hadiah Saguhati x 20 pemenang (bernilai RM7,180.00):
- Seterika Stim Turbo Morphy Richards
Pemenang akan diumumkan di Facebook MR pada bulan Jun 2018. Selain daripada Morphy Richards dan Belling, jenama lain di bawah Kumpulan Syarikat Pensonic adalah Lebensstil Kollektion, Cornell dari USA, Indesit and Gaggia dari Italy, dan Princess dari Holland.Pelanggan boleh menyertai peraduan ini dengan menangkap gambar-gambar seterika vintaj MR dan poskannya di Facebook Morphy Richards. Hadiah-hadiah bernilai RM33,833.00 mesti dimenangi, oleh itu lebih baik anda mula mencari seterika vintaj MR sekarang juga! Sila layari
Facebook Morphy Richards: https://www.facebook.com/MorphyRichardsMalaysia/