TAHNIAH UNTUK COOLBLOG CAWANGAN KE 263, AWESOME!

TAHNIAH UNTUK COOLBLOG CAWANGAN KE 263, AWESOME! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda peminat Coolblog? Jika anda salah seorang peminat minuman pencuci mulut ini, ada berita baik untuk anda.

COOLBLOG CAWANGAN KE 263

Kini berita baik untuk anda yang tinggal di area Ampang. Cawangan ke 263 telah di buka di pusat membeli-belah Ampang Point. Ini adalah cawangan ke-16 yang dibuka pada tahun 2021. Bakal dibuka 16 lagi buah cawangan tambahan pada akhir tahun ini.

Beberapa lokasi diseluruh negara telah dikenalpasti untuk pembukaan cawangan baharu selepas Ampang Point.

REKAAN ERGONOMIK

“Coolblog komited untuk menyediakan minuman pencuci mulut yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan di kawasan berdekatan anda.

Penampilan dan nuansa baru yang ditampilkan adalah sebahagian daripada inisiatif penyegaran jenama ini untuk meningkatkan keterlihatan jenama. Ini adalah cawangan Coolblog ke 263.

Cawangan Ampang Point direka secara ergonomik untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan. Menjadikan setiap kunjungan ke Coolblog adalah pengalaman yang menyeronokkan.”

-kata Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew.

PERASMIAN AMPANG POINT

Majlis perasmian di Ampang Point telah disempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd.

Turut hadir ialah Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi, Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato’ Zahriah Abdul Kadir, Naib Pengerusi, MFA. Juga Encik Ahmad Faizal Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, MFA.

“Sebagai syarikat asal, kami sangat bangga melihat betapa setia pelanggan kami terhadap jenama dan produk kami walaupun dilanda pandemik. Coolblog telah bertahan kerana dedikasi pelanggan kami, komitmen pasukan kami.

Tidak lupa juga sokongan berterusan dari francaisi kami, yang kebanyakannya telah bersama kami selama lebih dari 8 tahun.” 

-kata Tunku Ali

PATUH SOP?

Selama 15 tahun, Coolblog terus memberi tumpuan kepada produk dan pengalaman pelanggan. Memastikan bahawa setiap cawangan beroperasi dengan selamat dengan pematuhan SOP yang ketat. Tetap dapat diakses melalui penghantaran e-panggilan agar meliputi jangkauan semua pelanggan.

INOVASI MINUMAN

Terkenal berinovasi menghasilkan minuman dengan inspirasi tempatan dan antarabangsa untuk para pelanggan. Sebagai contoh, kolaborasi bersama FarmFresh untuk minuman kathira dan smoothie susu kurma pada bulan Ramadan.

Dan yang terbaru smoothie perisa durian dan cendol sempena Hari Malaysia. Untuk november ini, Coolblog akan melancarkan smoothie buah-buahan bertenaga tinggi pertama bersama Red Bull.

Coolblog optimis dengan pelan untuk mengembangkan jenama tersebut dan memberi peluang mendekatkan diri kepada pelanggan setia mereka.

PRIZE SPINNER UNTUK YANG BERTUAH!

Bagi meraikan pembukaan di Ampang Point dan cawangan lain yang akan datang, pelanggan berpeluang memenangi hadiah dari cabutan bertuah “Prize Spinner” pada hari pembukaan.

Hadiah yang bakal dimenangi termasuk baucar Coolblog, minuman percuma dan barangan menarik. Untuk tarikh dan maklumat pembukaan cawangan yang akan datang, sila layari

Website | Facebook | Instagram |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge