MKAJ SALON KINI DI BUKA DI PLATINUM WALK, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rambut antara jantung hati untuk wanita wanita di luar sana. Mana taknya, dari rambut jatuh ke hatinya.
MKAJ SALON
Alhamdulilah, KP berkesempatan untuk turut serta di pelancaran MKAJ Salon baru -baru ini. Dengar kata bukan sebarang salon yang dibuka ye. Antara nama yang pernah mendapat sentuhan seperti Zizan Razak, Hefny Saad, Zizi Kirana dan ramai lagi.
KENAPA MKAJ?
MKAJ perniagaan yang berasaskan pendandanan dan penggayaan rambut. Kini telah mengorak selangkah lagi dengan pembukaan franchise pertama di Platinum Walk, Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur. Apa simbolik nama MKAJ?
Empat huruf MKAJ adalah gabungan daripada nama adik-beradik. Pilihan yang sangat baik dimana ianya senang diingati dan paling best bunyi unik.
Turut hadir Sharizan b. Salleh (Pengasas MKAJ), Asrull Nezam b. Alias (Managing Director Koboi). Hadir juga Rahman b. Ibrahim (Co-founder Koboi, Anwar b. Johari (Co-founder Koboi) dan Izzuddin b. Osman (Co-founder Koboi)
ARTIS POPULAR?
Tidak hairanlah sering terlibat dalam acara berprestij dimana lebih 18 tahun pengalaman berada didalam bidang pendadanan dan penggayaan rambut. Pelbagai servis dan pakej ditawarkan antaranya
- Konsultasi profesional
- Penjagaan rambut
- Penggayaan rambut
- Warna rambut
SESUAI UNTUK MUSLIMAH?
Walaupun salon ini dibuka untuk lelaki mahupun wanita, wanita berhijab pun ada. Disediakan bilik khas tertutup untuk dandanan wanita berhijab. Dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 malam.
Bertanya tentang SOP, jangan risau dimana pada satu masa hanya 8 pelanggan saja boleh berada di dalam kedai.
Pada yang ingin membuat mana mana pakej wajib lengkap 2 dos Vaksin + lengkap tempoh 14 hari.
BUKAN SETAKAT SALON!
Di Salon MKAJ ini juga kita boleh dapatkan produk lain seperti vape dari Koboi. Ada juga barangan dandanan serta penjagaan rambut di bawah label MKAJ dan juga pakaian street wear.
AKADEMI MKAJ
Perancangan MKAJ bukan sahaja untuk membuka salon franchise tetapi juga dalam perancangan untuk membuka Akademi MKAJ.
Di dalam akademi ini bukan sahaja diajarkan mengenai teori dandanan dan penggayaan rambut bahkan selok belok bisnes juga akan diberikan kepada pelajar mereka.
-kongsi Encik Asrull Nezam.
Jika inginkan sentuhan seperti artis popular tanahair ,apa kata singgah disini. Pastinya terpaku dengan hasilnya nanti. Untuk maklumat lanjut layari