CHARMS COSMETIC SKINCARE LANCAR MORPHOSIS 2021 MEMANG BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa sangka berbekal dengan pengalaman berpuluh tahun dalam industri jualan pemasaran ada hikmahnya.
CHARMS COSMETIC SKINCARE
Buat pengetahuan, CHARMS sudah 9 tahun bertapak di Malaysia. Sebelum ini hanya mengeluarkan produk kosmetik tetapi kini mengambil satu langkah ke hadapan.
Kini CHARMS lebih tertumpu kepada penjagaan dan perawatan wajah. CHARMS ingin memberi lebih penekanan buat wanita yang berumur 30 tahun ke atas. Kali ini menekankan masalah anti-aging, jeragat dan meningkatkan keanjalan wajah,
CHARMS HYDRA FRESH TINTED MOISTURIZER BROAD SPECTRUN SPF50
Ini adalah produk terbaru keluaran CHARMS dimana telah di uji secara klinikal dan dematologi. Ujian dibuat bagi membuktikan ramuan yang digunakan semuanya terbaik dan selamat digunakan.
Formulasi ini juga hasil daripada penyelidikan daripada penyelidik Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
BEST KE PRODUK TERBARU INI?
Dengan bahan terpilih berprestasi tinggi, bukan sahaja melembap bahkan mampu mencerahkan serta melindungi kulit wajah dari kesan cahaya sinar matahari (sunscreen).
Jawapannya dengan adanya aloe vera yang sememangnya kita tahu ianya kaya dengan antioksidan dapat membantu melembut serta melembapkan kulit.
Begitu juga dengan glicerin yang dapat memelihara kulit dari kekeringan. Sangat sesuai kegunaannya dikala dunia mengalami perubahan iklim yang menjadikan cuaca lebih panas daripada biasa.
Biarpun ianya produk keluaran bumiputera namun kualitinya adalah setanding dengan jenama antarabangsa. Kini didatangkan dengan saiz baru yang lebih berbaloi serta menjimatkan.
FOUNDER CHARMS COSMETIC SKINCARE
Puan Nur Bashirah Hussin atau lebih dikenali dengan panggilan Mommy Syira, adalah seorang figura yang mempunyai pesona tersendiri. Lembut dan tersusun setiap butir bicaranya dimana seorang yang memang luar biasa.
Beliau sebenarnya mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam industri jualan pemasaran. Antaranya seperti di Jabatan Perdana Menteri, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) .
Pernah menjawat sebagai sorang pensyarah di UITM. Beliau meninggalkan semua kerjaya hebatnya hanya kerana mahu memulakan perniagaannya sendiri iaitu produk kecantikan dan penjagaan wajah – CHARMS
MORPHOSIS 2021
Pelancaran Morphosis 2021 telah diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom dan juga Facebook Live. Acara ini merupakan anjuran dari CHARMS Cosmetic Skincare.
Ini antara inisiatif untuk memperkasa rakyat Malaysia serta melahirkan lebih ramai lagi usahawan dikalangan bumiputera. Ini merupakan satu peluang terutama bagi mereka yang terkesan akibat pandemik.
APA YANG MENARIK MORPHOSIS?
Lebih menarik seramai 220 peserta telah berdaftar dengan program ini . Mereka semua akan diberi siri latihan selama 30 hari dengan diberi bimbingan lebih dari 12 jurulatih perniagaan.
Setiap peserta akan diberi jadual lengkap selama 30 hari yang merangkumi sesi latihan dan pembangunan diri. Ada juga pelan pemasaran di media sosial, diberikan ulasan pencapaian dan pelbagai lagi.
Hadir sama di majlis pelancaran adalah pengasas CHARMS Cosmetic Skincare, Mommy Syira dan juga Encik Khairul Nazuan Khairuddin. Beliau merupakan jurulatih serta perunding dalam penutupan jualan. Kedua mereka telah membuat perkongsian ringkas tentang topik keusahawanan sepanjang majlis ini berlangsung.
Turut diadakan sesi cabutan bertuah kepada semua ejen serta peserta CHARMS yang menghadiri majlis ini. Biarpun dilaksana secara maya, namun majlis tetap berlangsung dengan meriah. Untuk informasi lanjut layari
Website | Facebook | Instagram |
Pingback: CHARMS JALIN KERJASAMA PENYELIDIKAN DENGAN UTHM,AMAZING!