TAHNIAH PEMENANG PERADUAN MAKAN & MENANG LENGQUAS | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berlangsung selama 3 bulan sejak 1 April 2021 yang lalu, seramai 60 pemenang telah di pilih. Ada diantaranya bakal memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM 10,000.
PERADUAN MAKAN & MENANG
Pemenang pemenang Peraduan Makan & Menang Lengquas telah di hubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumumkan secara rasmi melalui media sosial.
AGEN DAN PENGEDAR
Selain menawakan hadiah buat pembeli LengQuas, pihak KOPETRO turut menawarkan hadiah lumayan buat ejen dan pengedar. Khas untuk mereka yang berjaya mendapat jualan tertinggi pada bulan April,Mei dan Jun 2021.
Biarpun KOPETRO sudahpun lebih 40 tahun ditubuhkan, ini merupakan kali pertama peraduan seumpana Makan & Menang diadakan. Terutama bagi mana-mana anak syarikat milik KOPETRO. Sambutan di luar jangkaan yang diterima melalui peraduan ini menjadi pembakar semangat bagi seluruh tenaga kerja LengQuas. Kami akan berusaha dengan lebih inovatif lagi demi meningkatkanjualan LengQuas pada masa hadapan.
-kata Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO Berhad, Encik En. Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah,
PROMOSI PERADUAN MAKAN & MENANG
Sepanjang tempoh peraduan dijalankan pelbagai aktiviti promosi telah dijalankan termasuklah mengiklankan produk-produk LenGQuas di stesen televisyen. Hal ini menyebabkan sambutan yang luar biasa di terima sehinggakan jumlah pengeluaran terpaksa di tingkatkan demi memenuhi permintaan pembeli.
Sambutan yang cukup hebat ini juga dirasai ejen-ejen dan pengedar LengQuas yang turut menambah jualan tempahan bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap LengQuas.
PERMOHANAN EJEN MENINGKAT
Tambah beliau lagi, KOPETRO turut menerima banyak permohonan daripada orang ramai untuk menjadi ejen jualan LengQuas. Sehingga kini, LengQuas mempunyai 400 ejen berdaftar serata Malaysia. Sedia untuk mengembangkan pasaran LengQuas ke negara jiran dalam masa yang terdekat ini.
Sambutan yang memberangsankan ini membuktikan masyarakat semakin terbuka untuk menerima produk sejuk beku sebagai menu sajian makanan. Menawarkan sajian makan tradisional seperi Ayam Percik, Daging Masak Hitam, dan Daging Dendeng. Makanan sejuk beku amat mudah , cepat disediakan juga enak dan berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga. Untuk informasi lanjut mengenai senarai produk LengQuas,ikuti Akaun media sosial
Contact | Facebook | Instagram | Twitter