Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SYOKLAT! SYOKOTUBE TERBARU DARI SHAHEIZY SAM | Syoklat! Eh produk apa nie? Pastinya makanan tapi dari siapa? Dari nama dah tahu yang ianya perisa coklat.
SYOKLAT! SYOKOTUBE
Jenama Syoklat! berada di pasaran sejak Oktober 2020. Walaupun baru 6 bulan lebih tetapi sudah mempunyai agent di seluruh negara termasuk Singapura.
Syoklat! Syokotube menjadi fokus perniagaan terbaru saya. Sekarang saya ingin fokus lebih terhadap bisnes ini. Saya lebih selektif dalam memilih skrip bagi mendapat kepuasan dalam watak yang dilakonkan. Sam mula memperlahankan kerjaya seni dalam lakonan sejak 2015.
Sam juga terkenal dengan perniagaan beberapa produk. Kini beliau kembali mengukuhkan penguasaannya dalam bidang perniagaan apabila menceburi bidang berkait dengan pemakanan.
PERISA SYOKLAT! SYOKOTUBE
Syoklat mempunyai misi. Memberikan kualiti seperti produk premium dimana mempunyai 3 perisa. Strawberi, mangga dan juga pisang. Ketiga-tiga perisa ini mendapat permintaan yang cukup tinggi.
Sebelum ini pernah juga berkolaborasi dengan pasangan Johan dan Ozlynn. Kolaborasi bersama pasangan ini menerusi perisa Hazelnut dan Butterscotch.
KENAPA SYOKOTUBE
Sam melihat potensi yang cukup besar dalam perniagaan coklat (SyokoTube) ini. Ia tidak hanya tertumpu kepada sesetengah golongan seperti produk kecantikan. Sebagai seorang penggemar coklat dan kini mempunyai anak yang juga menikmati coklat.
Sam melihat ini adalah masa yang baik untuk membawa jenama SyokoTube by Syoklat! lebih besar sehingga mampu mencapai sasaran pembeli yang betul.
KONGSI CERITA
Saya sendiri membesar dengan adanya coklat di rumah untuk sarapan dengan roti. Ada kala sebagai pencuci mulut bersama ais krim atau buah buahan. Nak lagi sedap campuran coklat ke dalam air susu panas atau sejuk. Malah coklat sering digunakan untuk pelbagai jenis makanan.
Saya juga pernah keluar negara dan mendapati coklat yang sama saya makan ketika membesar ada terjual di sana.
Jadi saya berpendapat coklat ini sangat tinggi permintaannya walaupun dimana sahaja dan digunakan oleh pelbagai peringkat usia.
IMPIAN
Salah satu impian yang disimpul menerusi perniagaan ini adalah untuk membantu usahawan. Sekaligus menjana ekonomi dimana memberi manfaat yang besar dari setiap sudut. Untuk maklumat lanjut layari