Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
COOLBLOG & FARM FRESH KOLABORASI RAMADAN KALI INI! | Coolblog bakal memeriahkan sambutan Ramadan dengan kempen Tradisi Cool Ramadan.
COOLBLOG
Coolblog menyajikan minuman baharu bersama jenama susu terkenal tempatan iaitu Farm Fresh. Kolaborasi ini semestinya menambahkan lagi keenakkan rasa kerana menggunakan Susu Kurma Farm Fresh.
Kempen ini bakal diterajui dua minuman terbaharu, Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Untuk perisa kali ini buat Kathira Smoothi (RM9.80) dan Bandung Smoothie (RM8.80)
KATHIRA SMOOTHIE
Kathira Smoothie yang diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor. Diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan premium. Antaranya seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh
BANDUNG SMOOTHIE
Bandung Smoothie adalah campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga Susu Kurma Farm Fresh
KEMPEN TRADISI COOL RAMADAN
Bagi kempen Ramadan tahun ini, Coolblog berkerjasama dengan sebuah jenama gergasi tempatan, Farm Fresh. Kali ini memberikan kelaianan dimana menggunakan Susu Kurma Farm Fresh. Susu yang diminati ramai didalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie.
“Kempen Tradisi Cool Ramadan diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu. Ini adalah cara kami memeriahkan sambutan Ramadan. Bakal memupuk semula nostalgia minuman tempatan yang menjadi pilihan utama untuk diminum ketika waktu berbuka puasa.
Kerjasama dengan Farm Fresh untuk minuman kali ini telah memberi nafas baru kepada minuman ikonik tempatan.
Apa yang menarik untuk kempen kali ini adalah strategi kami dalam mengimbau dan mengangkat nilai tradisi pada kedua-dua minuman ini.
PERCAYA
Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi ini. Oleh itu kami percaya Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie akan menjadi pilihan utama para pelanggan kami. Minuman pilihan sewaktu berbuka puasa nanti.
Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan ia seakan minuman ikonik masyarakat setempat. Olahan dan sentuhan Coolblog bersama Farm Fresh untuk menghasilkan rasa minuman yang amat sedap. Selain menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”
-Win Zaidi Zakaria, Pengurus Pemasaran, Coolblog Malaysia
KERJASAMA 2 JENAMA TEMPATAN
Kerjasama dua jenama ini dilihat sebagai satu gabungan yang tepat. Mana taknya Coolblog dan Farm Fresh adalah dua nama besar didalam pasaran. Menghasilkan minuman yang berkualiti dan mempunyai penggemar yang tersendiri.
Melalui kolaborasi ini, Coolblog dan Farm Fresh bersama meneroka pasaran baharu. Selain mengukuhkan lagi jenama sendiri di dalam industri.
IDEA KREATIF
Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja Coolblog bersama-sama memerah keringat. Berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan kami.
Akhirnya kami berjaya mencipta rasa asli baharu yang kaya dengan tradisi dan nostalgia.
Untuk maklumat lanjut boleh layari di
Lama tak beli cool blog