Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
THE VENUE SHAH ALAM SAJI BUFFET RAMADAN NOSTALGIA DESA| The Venue Shah Alam ada buffet ramadan? Tak pernah dengar dan tahu akan kewujudan lokasi ini.
The Venue Shah Alam.
Buat mereka yang menetap di sekitar Shah Alam mungkin kenal dengan lokasi ini. Bukan kali pertama menyajikan buffet ramadan dan kini meneruskan untuk tahun 2021.
Konsep Nostalgia Desa
Pasti tertanya kenapa Nostalgia Desa? Sebenarnya ia adalah sajian lauk-pauk tradisional yang biasa di hidangkan jika berbuka di kampung. Tidak kira bersama keluarga, mereka yang tersayang mahupun rakan.
Antara signature dish yang dinantikan sewaktu berbuka di sini adalah sup gear box kambing, live cook apam balik dan semestinya kambing golek. Mana mungkin tiada sajian yang lain seperti
Siap ada daging bakar cicah dengan air asam
Pilihan sayuran
Shell out pun adalah
Kambing golek rugi tak cuba
Kalau inginkan kelainan boleh mencuba briyani bukhara ayam dimana ianya antara yang menjadi perhatian.
Ikan bakar pun ada
Pemanis mulut
Ini antara menu kegemaran KP -Apam Balik . Terlepas ke pasar malam tidak perlu risau kerana dapat melihat dimasak secara ‘live’. Belum lagi merasa bubur pulut hitam dan bubur cendol yang disediakan.
Nak berbuka kenalah ada kuih tradisional dan buah-buahan,
Nak yang masam manis pun ada seperti jeruk . Untuk anak-anak pula variasi keropok ada.
Keselesaan
Semestinya keselesaan yang dicari sewaktu memilih tempat berbuka puasa. Di The Venue Shah Alam tidak perlu risau kerana ruang legar makan luas dan berhawa dingin. Setiap meja di susun mengikut SOP yang ditetapkan.
Tandas dan surau wajib ada untuk anda yang ingin menunaikan solat Maghrib selepas berbuka. Tentang parking pula tidak perlu risau kerana parking di sini tiada dikenakan bayaran. PERCUMA.
Special di Hujung Minggu
Jika anda berbuka puasa di hujung minggu, bakal di dendangkan dengan persembahan live band yang di jemput bersama pengacara yang terkenal.
Siapa lagi kalau bukan Dee yang cukup terkenal dalam rancangan ‘Jangan Ketawa’. Oh ya sebelum terlupa, pada yang berbuka puasa di sini manalah tahu anda salah seorang pemenang cabutan bertuah.
Hadiah yang ditawarkan cukup best terutama hadiah utama iaitu pakej pelancongan. ‘Jangan kata kite tak payung’
Harga Berbuka Puasa
Makan pun sudah , cerita pun sudah pasti ingin tahu berapa harga pakej berbuka puasa di The Venue Shah Alam bukan?
(EARLY BIRD) pembelian hingga 12 April 2021.
Early Bird Price:
Dewasa : RM 65/orang
Kanak Kanak : RM 35/orang(7 – 12 tahun) Percuma untuk 6 tahun ke bawah
Warga Emas : RM 45/orang (60 tahun ke atas )
Table : RM500/TABLE (8 orang)
Normal Price :
Dewasa : RM 75/orang
Kanak-kanak : RM 45/orang (7 – 12 TAHUN) Percuma untuk 6 tahun ke bawah
Warga Emas : RM 50/orang (60 tahun ke atas)
TABLE : RM580/table(8 orang)
Untuk tempahan bagi mendapatkan promosi Early Bird, boleh
Whatsapp | Facebook | Instagram