SURIA KLCC RAI HARI KEBANGSAAN DENGAN AKTIVITI BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Kumpulan Syarikat Suria KLCC tidak ketinggalan untuk turut memeriahkan sambutan.
Pelbagai tawaran eksklusif dan aktiviti menarik terutamanya untuk anak-anak bagi menzahirkan semangat patriotiK dan persekutuan sempena Hari Merdeka.
Bakal berlangsung di Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya, Mesra Mall Terengganu dan juga Suria KLCC bermula pada 26 Ogos hingga 16 September 2022.
PUSAT BELI BELAH ALAMANDA
Suria KLCC sekali lagi menjayakan kempen dengan hasil Kerjasama Komuniti Tukang Jahit [KTJ]. Ianya keluaran T-Shirt Merdeka edisi terhad akan dihasilkan bersama jahitan poket bercorakkan batik.
KERJASAMA KOMUNITI TUKANG JAHIT
Ditubuhkan dengan tujuan memperkasakan kaum wanita dari B40 yang mencari hasil pendapatan melalui servis menjahit dari rumah.
Hasil kerjasama ini adalah selaraas dengan usaha CSR yang mempromosikan kesedaran 3R [Reduce, Reuse dan Recycle] bagi mengurangkan pembuangan sisa dan hasil lebihan.
REKAAN T-SHIRT MERDEKA
Lain daripada yang lain ini dihasilkan menggunakan lebihan fabric batik. Lebih istimewa dimana iani boleh ditebus oleh para pembeli yang berbelanja RM 500 dari mana-mana kedai terpilih.
BAUCAR BELI-BELAH ALAMANDA
Jika para pembeli berbelanja RM 1,500 dalam dua resit dimana-mana kedai yang terpilih, selain menebus T-Shirt Merdeka bakal menerima baucar beli-belah Alamanda RM 50. Hanya 300 pembeli pertama sahaja.
KEMPEN HARI MERDEKA –MUSIM CUTI SEKOLAH
Dimeriahkan dengan pertandingan dan peraduan menarik untuk seisi keluarha. Aktiviti yang akan dijalankan ungtuk kumpulan VIKids dari 7 hingga 12 tahun. Diadakan di perkarangan aras bawah hadapan AEON Big bermula 31 Ogos -11 September 2022
MESRA MALL TERENGGANU
Tidak ketinggalan dimana menganjurkan kempen Hari Merdeka yang bermula dari 26 Ogos – 16 September 2022.
T-Shirt Merdeka beredisi terhad hasil usaha sama [KTJ] akan disediakan untik para pembeli. Berbelanja sekurang-kurangan RM 350 keatas di mana-mana kedai terpilih untuk menebusnya.
AKTIVITI KESENIAN
Inisiatif diteruskan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malakysia dalam menjayakan aktiviti kesenian dan kraf untuk ahli VIKids.
Kibar Jalur Gemilang, Hiasan Rantai Kunci, Kraf Kitar Semula dan Kit Kraf DIY adalah antara aktiviti yang akan diadakan.
Dijalankan setoap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 25 Ogos – 10 September di perkarangan tengah ‘West Wing’.
PLATFORM PENTING UNTUK RAKYAT MALAYSIA
‘Ini adalah kesempatan dan platform yang sangat penting untuk semua rakyat Malaysia. Untuk mendalami semangat berdiri teguh di atas kejayaan yang telah diperolehi oleh negara hasil perpaduan dalam kemasyarakatan.
Sekali lagi, kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat bersama KTJ akan terus menjadi aspirasi yang bermakna. Selain dari memperhalusi elemen batik yang sinonim dengan kebanggan dan identiti rakyat Malaysia.
Kami juga berpeluang untuk terus memberi komitmen dan kami sebagai perbadanan yang menyumbang impak positif terhadap alam sekitar’.
Website Suria KLCC | Website Alamanda| Website Mesra Mall