Pakat masing-masing sedang membuat persiapan RAYA bukan? Tidak lupa juga buat Suria KLCC, Alamanda dan juga Mesra Mall.
SURIA KLCC
Untuk tahun ini kempen perayaan berlangsung selama 38 HARI dari 15 Mac hingga 21 April. Ini bersempena dengan Aidilfitri yang akan datang pada 10 & 11 April 2024.
Sambutan Hari Raya di Suria KLCC akan memukau pengunjung dengan hiasan yang menakjubkan.
CENTRE COURT
Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC ditransformasi menjadi lanskap indah dengan binaan struktur rumah kampung bersama hiasan bermotifkan anyaman mengimbau kenangan penuh nostalgia.
Bahagian ‘Centre Court’ ditransformasi menjadi persekitaran bertemakan taman yang dihiasi dengan bunga “bougainvillea” yang indah, pokok palma, dan pelbagai daun dan bunga tropika tempatan.
RUMAH KAMPUNG
Di tengah-tengah hiasan yang indah ini terdapat ‘Rumah Kampung’ tradisional yang indah dengan landskap penuh nostalgia.
PERMAINAN TRADISI
Disamping itu pengunjung boleh menyertai pelbagai permainan tradisi yang menarik seperti ‘Teng Teng’, ‘Batu Seremban’, dan ‘Congkak’ .
Selain itu, pengunjung juga boleh merakam detik berharga di sudut gerai foto, menerima cetakan fizikal dan salinan dalam talian secara percuma.
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
Kemeriahan Aidilfitri di Suria KLCC turut diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan yang diadakan pada setiap hujung minggu sepanjang kempen ini berlansung.
Dengan kerjasama Kraftangan Malaysia, Suria KLCC turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik seperti Demonstrasi Kraf dan Sesi Kraf Interaktif di Gelanggang Pusat. Serta jualan kraf tempatan di Ramlee Mall di Aras 1 dari 15 Mac hingga 7 April.
LAMPU PELITA
Hiasan Hari Raya yang tersergam indah di Suria KLCC akan menampilkan struktur mega ‘Lampu Pelita’ (lampu minyak tanah) setinggi 60 kaki di Esplanade KLCC.
Struktur ini telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun 2022 sebagai lampu minyak replika terbesar di Malaysia, mempamerkan tekstur tenunan berwarna-warni pada setiap panel.
SURIA RIBBON PIN
Pengunjung yang menyertai aktiviti ini akan berpeluang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ dengan harga RM 10 dan menerima topeng muka batik eksklusif. Semua hasil akan didermakan kepada NGO terpilih.
GANJARAN MENARIK
Pengunjung yang membeli-belah boleh menantikan ganjaran menarik yang ditawarkan semasa kempen ini berlansung.
Mereka yang membelanjakan RM1,500 atau lebih dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14 April akan menerima Baucar Beli-belah Suria KLCC RM100 dan satu set paket Raya eksklusif.
Selain itu, 50 pembeli pertama yang membeli Baucar Beli-belah RM1,000 akan menerima Baucar RM100 tambahan.
PENGALAMAN INTIPATI
Sambil kita menghargai perayaan di Malaysia, mari kita merangkul kegembiraan berkongsi dan menghargai tradisi dan adat resam kita.
Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall telah berusaha keras untuk mencipta pengalaman bermakna yang merangkumi intipati Hari Raya. Marilah kita bersama-sama mengeratkan ikatan perpaduan dan kemesraan di musim perayaan ini!
Jangan lepaskan peluang memeriahkan sambutan Hari Raya. Sertai perayaan dan cipta kenangan abadi bersama orang tersayang anda!