Pengunjung yang datang ke Suria KLCC pastinya terpegun dengan seni rekaan dan suasana ‘Old Shanghai’ pada era 1920an hingga 1930an di Centre Court, pusat beli-belah ini.
TEMA OLD SHANGHAI
Juga dikenali sebagai “Paris of the Orient”, sentuhan vintaj ini membawa persekitaran klasik dan satu kelainan sempena sambutan Tahun Baru Cina
Dekorasi zaman kegemilangan ‘Old Shangai’ ini bakal berakhir pada 18 Februari 2024 nanti.
KLASIK DAN RETRO
Hiasan dan rekaan replika bangunan tradisional kedai dua tingkat yang terdiri daripada kedai pakaian yang mempamerkan pelbagai warna dan gaya pakaian Cheongsam.
Ada juga restoran agam yang menampilkan pelbagai menu tradisional untuk sambutan makan malam tahunan.
Beca yang dijadikan pengangkutan pada era tersebut, kereta retro yang dijadikan sebagi prop untuk mengambil gambar.
Tidak lupa juga pada projektor lama yang memainkan klip-klip filem klasik yang pernah menjadi popular di tahun 1920 hingga 1930.
HUBUNGKAN SEMANGAT PERPADUAN
“Tahun Baru Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan; ia adalah detik bermakna untuk memperkasa adat dan budaya.
Di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan pengalaman yang imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era ‘Old Shanghai’.
Perayaan ini lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan yang kaya dengan warisan.
Disaat kita menginjak ke Tahun Naga, Suria KLCC dengan berbesar hati menjemput para pengunjung dan pelanggan untuk bersama-sama menyambut tahun yang penuh dengan tuah dan kejayaan ini.”
-kongsi Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
DRAGON OF PROSPERITY
Sambutan Tahun Baru Cina memberi satu kelainan apabila ruang Esplanade KLCC menjadi lokasi utama pengunjung dengan kehadiran replika naga 3D berona kuning oren setinggi 60 kaki.
‘Dragon of Prosperity’ raksasa ini pastinya memukau pandangan pengunjung disebabkan saiznya yang sangat besar, ditambah dengan warnanya yang ‘garang’.
ADA PERSEMBAHAN TAK?
Semestinya ada dimana persembahan tarian akrobatik singa dijadualkan berlangsung pada setiap hari Ahad, bermula pukul 5 petang di Esplanade KLCC.
Manakala tarian naga di ruang ‘Centre Court’ pada setiap hari Sabtu, mulai pukul 2 petang.
FESTIVE PHOTOBOOK
Jadi, jangan lupa datang ke Suria KLCC dan rakam memori bersama keluarga di perkarangan ‘Old Shanghai’ di ‘Festive Photobooth’.
Anda boleh memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik.
E-BAUCAR DARI SURIA KLCC
Suria KLCC menyemarakkan pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan ganjaran yang lebih bermakna.
Pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC berjumlah RM100 serta satu set sampul merah esklusif dari Suria KLCC.
Kemeriahan sambutan tidak terhenti disitu apabila pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan bernilai RM100.
Tawaran eksklusif ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.
SURIA RIBBON PIN
Manakala pelanggan yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental.
Akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah.
Setiap hujung minggu, pelanggan juga akan berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang akan mencipta kuplet secara langsung semasa pembelian ‘Suria Ribbon Pin’.