SURAU ANGKAT SITI KHADIJAH KOLABORASI BERSAMA AEON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SURAU ANGKAT SITI KHADIJAH KOLABORASI BERSAMA AEON | Surau Angkat Siti Khadijah- kali pertama mendengarnya. Bakal memberi manfaat pada orang ramai.

SURAU ANGKAT SITI KHADIJAH

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Siti Khadijah. Pengeluar telekung premium serta pakaian muslim dan muslimah. Kini berkoloborasi bersama AEON, jenama peruncitan terkenal Jepun dalam satu projek CSR.

Dikenali dengan nama Program Surau Angkat Siti Khadijah. Tujuan memberi kemudahan kepada orang awam dalam bentuk kemudahan fasiliti solat yang lebih selesa.

Majlis perasmian surau angkat pertama Siti Khadijah telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor, Puan Salwana Binti Ahmad Dahlan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Siti Khadijah, Tn. Haji Ir. Aminuddin Mohd Nasir. Selain itu Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran Siti Khadijah -Mohd Munzir Aminuddin. Serta Dr. Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Komunikasi Korporat, AEON Group Malaysia.

CSR ATAU TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Siti Khadijah berpegang teguh kepada nilai berkongsi rezeki. Maka untuk program pertama surau angkat ini, pengurusan telah memilih sebuah surau yang terletak di AEON Mall Shah Alam.

IDEA AWAL DISEMBER 2020

Idea untuk program dirancang seawal Disember 2020. Tercetus selepas pihak Siti Khadijah melihat peluang untuk menambah baik persekitaran dan suasana surau. Pilihan surau di tingkat satu, AEON Mall Shah Alam.

Projek penambahbaikan surau awam ini disambut baik oleh pihak AEON. Memandangkan hubungan baik yang sudah terjalin daripada kewujudan butik Siti Khadijah disana.

Kos untuk penambahbaikan ditanggung oleh sepenuhnya. Juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti telekung wakaf, ruang gantung tudung, meja solek dan cermin muka.

Tidak lupa pada pengelap atau tisu basah untuk mensanitasi tempat sujud bagi tujuan pematuhan SOP.

TIGA LOKASI LAIN

Projek yang kemudiannya dinamakan Surau Angkat SK ini dimulakan dengan memilih tiga lokasi untuk fasa percubaan. Antaranya – AEON Mall Shah Alam, AEON Mall Tebrau City dan AEON Mall Kota Bharu. Bakal dipanjangkan ke lokasi lain seluruh Malaysia jika menerima sambutan yang menggalakkan.

Dengan penambahbaikan ini, mengharapkan pengguna dapat merasakan sendiri pengalaman beribadah dalam keadaan yang lebih selesa. Seterusnya mengajak pengguna untuk bersedekah untuk mengekalkan keselesaan tersebut kepada pengguna yang lain.

Untuk tahun 2021, SK telah melancarkan kempen #KitaAda. Kempen ini menggariskan tiga mesej utama – #KitaAda telekung paling selesa, #KitaAda hadiah paling bermakna dan #KitaAda telekung buatan orang kita.

Informasi lanjut boleh layari di

Website | Facebook | Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge