Assalamualaikumd dan Salam Sejahtera
SOGO Kuala Lumpur Menyambut Meriah CNY 2018 |Walaupun Chinese New Year untuk tahun 2018 sudah berlalu, tetapi perayaan yang di sambut masih lagi meriah walaupun masuk hari yang ke 5 . Masih lagi kedengaran lagu-lagu perayaan Tahun Baru Cina di corong radio di shopping mall mahupun di restoran kerana sambutan biasanya sehingga hari ke 15 (Chap Goh Meh). Tidak ketinggalan untuk menyambut kali ini adalah SOGO Kuala Lumpur
SOGO Kuala Lumpur di hias dengan indah mengikut tema tradisi Tahun Baru Cina untuk 2018 iaitu Tahun Anjing. Sambutan yang di adakan walaupun sederhana tetapi tetap meriah dengan persembahan Tarian SInga (persembahan wajib ) dan juga dengan paluan gendang. Slogan kali ini adalah ‘Togetherness -Celebrate Happiness’. Di jemput bersama rakan -rakan yang lain untuk menyaksikan persembahan tarian singa dan paluan gendang disambut dengan riang hati.
Persembahan tarian dimulakan dari pejabat SOGO dan turun dari tingkat ke tingkat hinggalah ke pintu masuk SOGO dan bermula dengan paluan gendang jua tarian singa oleh ahli-ahli Hong Teck Dragon dan Lion Dance. Persembahan memukau sebentar dengan lompatan singa dari satu tiang ke satu tiang. Itu belum lagi aksi comel yang dilakukan oleh singa tau ..
Pintu masuk kompleks yang boleh dilihat dari seberang jalan memang gah . Di hiasi dengan perhiasan Tahun Baru Cina iaitu bunga ceri dan peonies. Warna merah adalah warna wajib dan utama sewaktu menyambut perayaan CNY , cuma kali ini ada warna pink atau merah jambu iaitu bunga peonies. Hiasan ini memang sejuk mata memandang bila di lihat.
Pelbagai promosi di tawarkan sempena perayaan CNY 2018 . Bukan sahaja anda yang menyambutnya , kami juga pun turut sama shopping sebab barangan-barangan di sini memang harga mampu milik dan berpatutan .. Haa., nie KP share sikit video sewaktu persembahan tarian singa di SOGO Kuala Lumpur