Program Fit Hasil 2018 Sempena Sambutan Hari HASiL ke-22

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Program Fit Hasil 2018 Sempena Sambutan Hari HASiL ke-22  | Apabila kite sebut pasal HASiL pasti ada yang kata keuntungan tetapi kali ini KP nak ceritakan bukan tentang keuntungan tetapi ada kena mengena dengan LHDN. Haa .. LHDN adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dimana kali ini menganjurkan Program Fit Hasil 2018 .
Program Fit Hasil 2018
Ianya diadakan sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan kakitangannya dimana telah berlangsungnya program yang masuk tahun ke 3 sejak 2016 . Seawal pagi lagi lokasi kali ini di Akademi Percukaian Malaysia Bangi Selangor dibanjiri dengan kakitangannya dan ahli keluarga yang sama-sama turut hadir . Fit Hasil 2018 adalah sebahagian daripada pengisian Sambutan Hari HASiL ke-22 yang disambut pada 1 Mac 2018.
Menurut Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam ucapan perasmiannya,
“Selain daripada bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat, program ini turut menjadi medan mendekatkan LHDNM dengan masyarakat dan meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat. la juga sebagai inisiatif pengurusan tekanan (stress) yang berkesan ke arah melahirkan kakitangan serta masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental”,
Seperti tajuk program pastinya program ini lebih kepada amalan hidup sihat.
VVIP bergambar bersama selebriti jemputan

Jadi pelbagai aktiviti diadakan seperti berzumba, larian Fit Hasil 2018 dan .. check it out-lah di bawah,

i. Senamrobik & Aerodance
ii. Family Fun Walk
iii. Amazing Taxplorace
iv. Street Games (Street Soccer & Street Netball)
v. Sukaneka Telematch vi. Fun Playground
vii. Berkuda
viii. Memanah
Pastinya selepas aktiviti-aktiviti di atas, anda akan berasa lapar dan dahaga .. jangan risau ada lebih kurang 10 food truck yang menyediakan pelbagai hidangan ada di sini even lori MILO pun ada
 
Yng penting abang Lori Milo nie memang baik hati.., buka ajer abis kena serbu 
Askar Wataniah pun ada
 Pada tahun ini juga LHDNM membuka kaunter informasi HASiL4U sebagai manfaat tambahan kepada pengunjung mendapatkan maklumat mengenai percukaian. Selain daripada itu LHDNM turut bekerjasama dengan selebriti tempatan untuk memeriahkan lagi program serta sebagai ikon yang akan mempromosikan kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan Negara.
Harapan LHDNM agar program sebegini akan diteruskan dan penyertaan masyarakat sekitar dipertingkatkan ke arah kehidupan yang lebih sihat serta merakyatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.



1 Comment

  1. amolina

    semoga iman terus selera makan dan sihat,boleh main bola sampai peringkat tertinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge