DATUK HATTAN MAINTAIN WALAU 3 JAM KONSERT, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah, dapat juga tiket untuk menonton konsert Datuk Hattan, mana taknya ini adalah konsert sola berskala megakan!

DATUK HATTAN

Macam cepat saja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah tiga jam rupanya. Tiga jam berlalu tapi masih tidak puas untuk melihatnya beraksi diatas pentas.

Dimulakan dengan alunan gamelan sebagai pembukaan majlis, sambil memperkenalkan satu demi satu barisan pemuzik yang akan mengiringi beliau.

DIMULAKAN DENGAN BISO BONAR DAN…

Biso Bonar sebagai lagu pertama yang dinyanyikan mendapat tepukan gemuruh dari para penonton yang sudah lama ingin mendengar ‘live’.

Antara lagu lain yang dinyanyikan Hitam bukan Impian, Hani, Dari Kekasih Kepada Kekasih , Meniti Perjalanan dan Satu Malaya Dah Tahu.

Hattan tetap Hattan! Sepanjang konsert, beliau lebih selesa menggunakan dialek Negeri Sembilan. Lebih dekat dengan para penonton dan peminat.

ANA PERMATA TIMUR

Sempat lagi berkongsi kronologi beliau selama 35 tahun dalam bidang seni. Dari bersama kumpulan FRU (yang sebelum ini diingatkan FRU tu polis) hinggalah mengambil langkah untuk bergerak sendiri.

Ana Permata Timur adalah satu album yang disiap lama tetapi tidak dapat dimainkan dimana-mana platform akibat beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.

Malam ini menjadi saksi antara lagu yang dikongsikan seperti Ana Permata Timur, Hujan Berapi dan Malam Yang Panjang.

Ini bukan saja hiburan tetapi juga bernostalgia. Agar penonton tahu bagaimana terhasilnya lagu dan lirik itu menerusi koleksi lagu yang didendangkan.

TAK PANCIT KE?

Mesti ada yang tertanya usia sudah melewati separuh abad, tak pancit ke bila menyanyi selama tiga jam? Anggapan itu salah!. Malah vokal dan suara tetap ‘power’ dan maintain ye.

Takde tergelincir mahupun goyah dan senantiasa bersemangat. Secara tidak langsung membuktikan yang beliau sememangnya seorang penghibur.

RM 20 SAJA YANG ADA!

Sempat berkongsi dalam video yang dimainkan kisah berkat restu dari seorang ibu. Berkat restu ibunya yang merestui perjalanannya sebagai seorang anak seni hingga tercapai kejayaan selama 35 tahun.

Berbekalkan RM 20 yang diberikan sedangkan akur yang ibu sendiri tidak mempunyai wang yang banyak. Duit tetap diberikan walau diri sendiri tidak mencukupi agar impian anak tercapai.

Dari situlah, Hattan berjanji yang tidak akan mensia-siakan peluang dan duit pemberian ibu. Kelihatan kiri dan kanan, masing-masing menyeka air mata cuba untuk menyorok kesedihan yang turut dirasai.

BERDUET

Macam tak kena kalau sesebuah konsert tanpa lagu duet bukan? Kalau yang lain menjemput artis lain sebagai artis undangan, lain pula bagi Hattan.

ADAM EIMAN

Haa, mesti tertanya-tanya siapakah gerangannya? Artis BBNU kah? Sebenarnya Adam Eiman adalah anak teruna Datuk Hattan. Bakal ‘release’ dengan single bertajuk ‘Takdir’ tidak lama lagi.

Lagu Gadis Jolobu menjadi pilihan untuk berduet bersama. Tanya pendapat KP, suara Adam nie ada seakan-akan cam Yonny Boii

TRIBUTE TO MENTOR

Untuk segmen Tribute to Mentor, Datuk Hattan memilih lagu Datuk M.Nasir untuk dinyanyikan pada malam konsert. Siapa saja yang tidak tahu lagu dan lirik lagu seperti Duit, Gerhana mahupun Arca.

Sekuntum Mawar Merah antara yang menjadi pilihan utama seperti yang dikongsikan sewaktu interview bila ditanya tentang persiapan konsert.

LAGU WAJIB

Semestinya ada, tak lengkap sebuah konsert kalau lagu wajib tak dinyanyikan. Rendang Tak Berbuah, Memburu Rindu dan Mahligai Syahdu dipilih untuk menyanyikan dihujung konsert. Lagu ‘sing-a-long’ membuatkan para penonton menyanyi bersama.

“Tidak perlu terkinja-kinja atau melompat-lompat untuk menonton konsertnya”. Itulah Datuk Hattan. Harap ada lagi konsert dari beliau. Tak puas weii!

KENAPA BEST SANGAT?

Selama tiga jam berlangsung, sistem bunyi berkualiti. Susah nak cari cacat cela-nya, rugi kalau tak tonton konsert anjuran Mewah Event Management. Dengar-dengar ada lagi konsert yang bakal dianjurkan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge