SHOWCASE SEMARAKKAN MALAM CINTA RAMADAN DENGAN WINGS, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WINGS kembali kembangkan sayap menerusi showcase khas di bulan Ramadan nanti.

Mengotakan janji mereka mahu berehat panjang selepas menunaikan umrah di Makkah pada November lalu, kini sudah kembali untuk kemunculan tahun ini.

SEMARAKKAN MALAM CINTA RAMADAN

Mengulangi tradisi yang sering dilakukan setiap kali Ramadan. Ini lah barisan anggota WINGS yang bakal terlibat.

SEMARAKKAN MALAM CINTA RAMADAN

Datuk Awie (Vokalis) bersama anggota Wings iaitu Syam (gitar), Edrie (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram).

Masing-masing gembira apabila program berbentuk positif yang dianjurkan saban tahun mendapat sambutan menggalakkan dari peminat setia mereka.

PEMINAT SETIA MENANTI SETIAP TAHUN

“Mereka ternyata tertarik dan suka dengan konsep yang ditampilkan kami menerusi showcase ini kerana ada pengisian tersendiri.

SEMARAKKAN MALAM CINTA RAMADAN

Malah ada yang pernah menyaksikan persembahan tahun-tahun sebelumnya, setia menanti persembahan untuk tahun ini pula.

Manakala kami pula, yang berehat sejak Januari lalu, tidak sabar untuk bertemu peminat dalam showcase yang boleh dikatakan sebagai ‘pemanas enjin’ untuk 2023,”

LIMPAHAN REZEKI BUAT WINGS

Sudah tentu Wings menyusun jadual seni yang padat selepas Aidilfitri untuk menyamai atau mungkin lebih lagi seperti yang diraih seperti tahun lalu.

Inilah limpahan rezeki yang disangka hasil kurniaan yang Maha Esa selepas lebih dua tahun berehat disebabkan pandemik Covid-19.

LAGU-LAGU DAKWAH BERBANDING LAGU ROCK

Biarpun akan lebih menyampaikan lagu-lagu berkonsep dakwah berbanding lagu rock, Wings tetap menjanjikan persembahan yang mantap. Pastinya menghiburkan untuk semua yang hadir nanti.

“Lagu-lagu bersempena bulan Ramadan tapi kami tidak akan berkompromi tentang soal kualiti persembahan.

SEMARAKKAN MALAM CINTA RAMADAN

Sudah tentunya ia berbaloi dengan wang ringgit yang dikeluarkan oleh peminat untuk menyaksikan persembahan istimewa ini.

Mereka dapat berbuka puasa, beribadah dan seterusnya santai-santai menikmati persembahan yang kami bawakan,”

-kata Datuk Awie

KEBERKATAN BULAN RAMADAN

Wings turut akan membawakan lagu raya dan beberapa lagu hits Wings sebagai bonus. Jangan risau lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian bakal didendangkan bagi mengambil berkat bulan suci Ramadan,

SEMARAKKAN MALAM CINTA RAMADAN

HARGA TIKET

Tiket-tiket untuk menyaksikan Showcase Semarakkan Malam Cinta Ramadan anjuran HS Event & Ent Sdn Bhd ini dibahagikan mengikut kategori tertentu iaitu:

VVIP – RM15,000, VIP – RM12,000, Platinum – RM8,000, Gold – RM6,000, Silver – RM4,000

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge