SIAPA ZAWFAN MIRIP RAIHAN NIE, BEST KE?

SIAPA ZAWFAN MIRIP RAIHAN NIE, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jarang dengar kumpulan Zawfan ni? Siapakah mereka ?

ZAWFAN

Kumpulan nasyid yang ditubuhkan pada 2020 oleh Yasir Tamizi, Fadzli Radzi dan Hafiz Tamizi. Lahir dari kerinduan mereka pada lagu-lagu dakwah.

Hanya menghasilkan lagu menggunakan 100% pergendangan, kompang atau alat perkusi gendangan. Pengasasnya Hafiz Tamizi, adalah juga merupakan vokalis Utama kumpulan nasyid – Mirwana.

ZAWFAN

MEMBESAR DENGAN IRAMA NASYID

Membesar dengan irama lagu-lagu nasyid seperti Raihan, Nadamurni dan TheZikr. Bagi mereka nasyid klasik yang disampaikan sekitar tahun 90-an sangat sederhana, namun ia berjaya dihayati masyarakat.

Tidak sarat, hanya berbekalkan lirik yang jelas dan melodi yang ringkas, nyanyian yang sederhana, suara latar berharmoni serta iringan alat kompang dan pergendangan sahaja.

Namun ia mampu membawa mesej keagamaan, ketuhanan, kemanusiaan dan kerohanian dengan sangat mengesankan masyarakat.

ANTARA RESEPI ERA GEMILANG NASYID

Ia juga merupakan salah satu resepi tercetusnya era kegemilangan nasyid di Malaysia yang menjadi fenomena umat Islam seluruh dunia.

Pandangan ini turut dikongsi oleh sebahagian besar penggiat, pemuzik, pemerhati, dan peminat nasyid tanahair.

#RINDUNASYID

Pada awal 2020, ZAWFAN mula mengorak langkah pertama di media sosial bergerak dengan #RinduNasyid. Merakamkan semula video-video nasyid nostalgia secara acapella atau iringan perkusi yang boleh di tonton di media sosial dibawah.

ZAWFAN

RASUL KITA SINGLE PERTAMA

Pertengahan tahun 2021, single pertama ZAWFAN bertajuk “Rasul Kita” telah dilancarkan.

Mesejnya sangat tepat dengan keadaan semasa di mana masyarakat sedang dilambakkan dengan adiwira-adiwira cereka dari Marvel Cinematic Universe (MCU) dan DC Universe (DCU).

Masyarakat Islam perlu ada peringatan bahawa adiwira-adiwira sebenar ialah para nabi dan rasul kita yang disebut nama-nama mereka di dalam kitab Al-Quran.

Di datangkan hadir dikalangan manusia pada zaman dan waktu tertentu memberi peringatan. Juga menyelamatkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kebijaksanaan, dari kepalsuan kepada kebenaran.

“Rasul Kita” adalah merupakan sebuah lagu nasyid asuhan yang ditujukan kepada anak-anak. Inspirasinya memang dari lagu “25 Rasul” dendangan Raihan.

Liriknya mengingatkan nama-nama nabi dan rasul serta mengajak agar sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran, iktibar dan teladan dari kisahnya. I

“Rasul Kita” adalah ciptaan Hafiz Tamizi, diterbitkan oleh ZAWFAN dan diedarkan secara digital oleh Inteam Records.

Youtube Zawfan Official

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge