SHIHA ZIKIR NASI AYAM, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa saja yang tidak kenal dengan Shiha ZIkir. Kalau anda peminat setianya pasti anda tahu beliau seorang yang ‘multi-talented’.
Penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan kini menapak selangkah lagi dimana baru saja melancarkan kedai makan-nya.
SHIHA ZIKIR NASI AYAM
Pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir atau lebih dikenali sebagai Shiha Zikir telah membuka kedai makan yang diberi nama ‘Shiha Zikir Nasi Ayam’.
Terletak di Wisma Infinitum, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kenapa di lokasi ini kerana ianya strategik dan Kampung Baru dikatakan syurga makanan di Kuala Lumpur.
Baca: Resepi Sup Tulang
BAKAL BUKA CAWANGAN LAGI?
Bercakap mengenai penambahan cawangan lain pada masa hadapan, Shiha Zikir bercadang untuk menambah beberapa cawangan lain.
Selain itu mempelbagaikan menu tambahan disamping menu utama nasi ayam serta membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi francais makanan.
PERNIAGAAN MAKANAN BUKAN BARU
Pelantun suara lagu “Kalam” menambah, perniagaan makanan ada dalam darah daging beliau kerana ibu beliau juga merupakan seorang perniaga makanan di Pulau Pinang.
Ingin menjadikan perniagaan ini sebagai satu platform untuk beliau menjalankan aktiviti menghulurkan bantuan kepada masyarakat.
Di majlis itu juga, Shiha Zikir dikejutkan dengan pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) iaitu Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali.
Bersetuju untuk memberikan sumbangan sejumlah RM10,000 sebagai sokongan aktiviti bantuan makanan dalam bulan Ramadhan ini.
Jangan lupa singgah ke G-08 & G-09, Wisma Infinitum, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.