Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tahukah anda yang Shell menyambut ulangtahun yang ke 125 tahun ini. Pejam celik, pejam celik dah lebih 100 tahun Shell bertapak di dunia ini. Sempena sambutan Shell ke 125, Shell telah melancarkan botol edisi Istimewa Water2go. Botol air mineral Water2go ini telah di reka khas oleh artis Malaysia yang terkenal iaitu Cheeming Boey
Sebelum majlis pelancaran, En Shairan Huzani Husain,selaku Pengurus Besar Shell Retail Malaysia/Brunei memberi sepatah dua kata tentang pencapaian Shell

Boey juga telah bekerjasama dengan Shell dalam projek seni yang bertemakan “Meraikan 125 Tahun”, dengan melukis dua mural yang menggambarkan warisan budaya Malaysia. Early T.V., merupakan mural pertamanya, bertempat di Kelantan yang menggambarkan ‘wayang kulit’ (wayang kulit teater), manakala mural kedua adalah Three-Wheeled ‘Car’ di Johor yang menggambarkan sebuah beca di usia tua.
Cheeming Boey memberi sepatah dua kata di majlis pelancaran dan berterima kasih kepada pihak Shell kerana memberi peluang padanya untuk mempamerkan hasil kerjanya


Sedikit informasi tentang Botol Edisi Istimewa Water2go
Setiap rekaan botol yang direka mempunyai ceritanya yang tersendiri. Ianya menggambarkan pencapaian syarikat Shell dari dulu sehingga kini. Botol ini dihasilkan sebanyak 5000 karton sahaja dan edisi terhad air mineral water2go ini boleh didapati di mana -mana stesen Shell terpilih di Semanjung Malaysia dengan harga RM1.70 setiap satu.
Perasan ke tak perasan yang watak direka ini adalah dari siri buku Boey, WHEN I WAS A KID
Botol Edisi Istimewa Water2go
- i. telaga minyak pertama di negara ini iaitu Grand Old Lady of Miri pada tahun 1910;
- ii. Permainan Shell Trafik yang dilancarkan pada tahun 1957, yang telah mula diperkenalkan lima dekad limanya tentang pendidikan keselamatan jalan raya;
- iii. salah satu stesen pengisian pertama di negara ini iaitu di Klang;
- iv. pelancaran Malaysia Shell V-Power pada tahun 2000;
- v pelancaran Selamat datang ke Shell pada 2015.; dan
- vi. penyelidikan dan pemuliharaan Lembah Danum.
Pada hari pelancaran ada diadakan game untuk meneka tentang Shell. Inilah wajah pemenang yang membawa balik satu set buku Boey “When I was A Kid”

Peraduan Submit Here & Win Tote Bag
Shell juga telah bekerjasama dengan kedai buku MPH untuk peraduan eksklusif, yang mana setiap pelanggan yang membeli mana-mana hasil karya Boey ini WHEN I WAS A KID di kedai-kedai Shell Select terpilih akan berpeluang memenangi beg tote edisi terhad.
Untuk menyertai peraduan ini, apa yang perlu dilakukan adalah – menulis nama dan nombor telefon pembeli di belakang resit pembelian mereka, dan seterusnya masukkannya dalam kotak peraduan yang terletak di kedai Shell. Peraduan ini berlangsung diantara 1 September sehingga 30 November 2016.








