HIMAYA JAYAKAN KEMPEN KUTIPAN DANA UNTUK MAKNA TERBAIK! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Barang penting seperti hand sanitizier dan face mask atau pelitup muka antara yang wajib
HIMAYA
Himaya mengeluarkan pelitup muka premium untuk mereka yang berhijab. Berhijab erti kata lain bertudung. Mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority).
Pelitup muka Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum. Berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa dan tidak hairanlah jenama pelitup muka ini telah diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA).
Bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple. Paling penting tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan. Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung.
Dengan pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali.
KEMPEN KUTIPAN DANA UNTUK MAKNA
Bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA. Sudah bermula dari 7 September hingga 31 Oktober 2021. Peningkatan pesakit juga semakin bertambah saban tahun.
Datuk KK Chua berkata, kanser payudara adalah kanser paling lazim dideritai wanita di negara ini. Khususnya yang berusia antara 45 hingga 64 tahun.
Namun masih ada yang takut untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu pada peringkat terawal untuk mendapatkan rawatan. Peningkatan kesedaran membolehkan barah payudara dikesan lebih awal dan lebih mudah diubati sekali gus mengurangkan stigma yang berkaitan penyakit ini.
Ini merupakan kerjasama kali pertama Himaya Dengan MAKNA dan ia akan diteruskan pada tahun berikutnya.
MAKNA ( A MEANING TO LIFE)
Kerjasama ini amat bermakna sekali bagi saya untuk membantu orang ramai mengenai kesedaran penyakit barah payudara. Dimana ia menyerang tidak kira peringkat usia, latar belakang dan bangsa.
MAKNA dengan slogannya “Mengingati Makna Kehidupan” (A Meaning to Life). Sudah cukup untuk kita mengerti agar sentiasa menghargai setiap detik berharga dalam kehidupan kita.
Bagi Puan Faridah dan pihak MAKNA sebenarnya amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan ini. Dimana dengan setiap pembelian Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang ke tabung MAKNA.
Harapan Puan Faridah sendiri agar kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.
-kata Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid
Setiap pembelian pelitup muka Himaya, sebanyak RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA. Bagaimanapun, pembelian itu hanya sah dilakukan di laman web seperti di bawah
Pembelian itu juga hanya untuk Himaya warna Blush Rose dan Apricot Dream, Ini kerana kedua-dua pelitup muka itu adalah berwarna merah samar bertepatan dengan Kempen ‘Pink Ribbon’
Nota: Pelitup muka kini boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar. Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA Sempena pelancaran warna baru, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA.
Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’. Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal
Website Shopee Himaya | Website Himaya|