LULU COUPON CRAZE HINGGA 30 SEPTEMBER 2021 BEST LAH! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah complete vaksin ke belum? Kalau sudah , dah ronda-ronda mall ke? Untuk KP takda makna ronda-ronda cuma pergi beli barang dapur saja. Kali nie langkah panjang sikit ke LuLu Hypermarket di Setia City Mall.
Pada yang mengikuti KP pastinya tahu yang LuLu di Setia City Mall ini adalah cawangan yang ke tiga di Lembah Klang. Walaupun cawangan ke-3 tetapi yang ini yang terbesar dari di Capsquare mahupun 1Shamelin, Cheras.
Baca lanjut : Pembukaan LuLu Setia City Mall
LULU COUPON CRAZE
Sebenarnya, KP ke sini disebabkan terjebak dengan perkongsian rakan- rakan. Mana taknya katanya LuLu sekarang ada promosi terbaru. Mulai dari 15 September hingga 30 September 2021, ada promo LuLu Coupon Craze.
Apoo!! Dapat RM50 off coupon* jika beli RM100 ke atas. Betul, untuk promo kali ini senang saja. Cuma berbelanja lebih dari RM 100 dalam satu resit dibahagian supermarket.
Tidak kira membeli barang basah seperti ikan, ayam, daging , seafood ataupun sayur-sayuraan jua buah-buahan.
Yang best barangan basah disini semuanya segar. Banyak pilihan dan harga berpatutan. Ikan, ayam , daging jua seafood.
Kalau barang kering macam bawang, makanan dalam tin atau barangan dapur boleh? Eh boleh sangat. Asalkan barangan ini di tingkat bawah dalam area supermarket masih boleh lagi .
Dalam banyak bahagian ,yang ini memang takboleh lari dalam list membeli . Wajib ada ye dalam troli
MAKANAN SEDIA DI MAKAN
Yang ini pun termasuk sekali ke? Semestinya masuk sekali. Kat sini meriah tau sebab menu makanan yang ada menarik. Kalau datang di waktu pagi jangan lupa singgah untuk Breakfast Deal RM5 sahaja.
Nak roti , biskut, pastri, manisan mahupun air jus pun ada ye. Tinggal pilih dan bayar. Of course menjadi pilihan KP adalah Kunafa with pistachio. Cuba tau kalau ke sini.
TEBUS COUPON RM50 OFF*
Dah selesai buat pembelian jangan lupa untuk tebus coupon RM50 off* promo ni. Tebus di kaunter perkhidmatan pelanggan tau. Syarat penebusan kupon adalah
- Ianya SAH ditebus untuk pembelian minimum RM100 dari Bahagian Fesyen Store untuk barangan dari jenama yang terpilih sahaja·
- Hanya SAH untuk sekali penebusan
- Tidak boleh disatukan bersama kupon yang sama atau ditukarkan kepada tunai·
- Sah penebusan sekarang hingga 30 September 2021.
SAREE & CHURIDARS
Kat sini pun ada juga koleksi kain sarees yang cantik. Ada juga yang guna kain saree untuk buat baju kurung. Cantik tau
BEG TANGAN & AKSESORI
Design the latest dengan harga berpatutan. Tinggal nak pilih dan bayar saja. Apatah lagi guna kupon nie pasti harga lagi rendah kan!
BAJU KANAK-KANAK
Baju kanak-kanak pula pelbagai design ada. Untuk perempuan mahupun lelaki. Dari bayi hinggalah ke remaja semua ada.
FESYEN
Cari pakaian wanita atau lelaki pun ada di sini. Untuk kasual atau pergi berkerja.
LULU COOKWARE FAIR
Sambil – sambil shopping tu boleh juga cuci mate. Ada cookware fair disini. Bolehlah alatan memasak di dapur kalau perlu. Banyak tawaran menarik tau.
Taknak cakap lebih, apa kata meh pakat shopping kat Lulu Hypermarkat. Jangan lupaKupon Membeli-Belah RM50. Untuk maklumat lanjut layari
Website | Facebook | Instagram
Pingback: LULU FOOD FESTIVAL 2021 KINI KEMBALI- BEST BANYAK PILIHAN