Bulan Ramadan kurang dari 2 minggu lagi, mesti ada yang teringin nak makan masakan kampung. Kalau beli di bazar Ramadan, tak pasti best ke tak, jadi apa kata jom ke bufet Ramadan Selera Warisan Kampung.
SELERA WARISAN KAMPUNG
Untuk tahun ini, hidangan yang bakal dinikmati sepanjang bulan Ramadan di bufet bertema Selera Warisan Kampung disediakan oleh Briged Kulinari. Ianya diketuai oleh Cef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih yang pakar dalam menyediakan menu yang enak.
Bukan setakat enak, sedap dan lazat tetapi bakal menggoda deria mata anda dan pastinya deria rasa sewaktun berbuka puasa di sini nanti.
WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR
Bufet Ramadan Selera Warisan Kampung akan berlangsung dari 13 Mac hingga 8 April 2024 di ruang makan eksklusif yang terletak di Aras 2, Legar Putra, beroperasi setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.
SIGNATURE DISH
Briged Kulinari WTCKL juga bakal menyediakan hidangan lima rotasi menu seperti Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala.
Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada, Ketam Masak Kam Heong dan Daging Tetel Masak Kalio.
NASI KANDAR SADDAM
Yang menjadi pilihan dan tarikan setiap tahun, tak boleh ‘miss’ untuk merasa sewaktu berbuka puasa iaitu Nasi Kandar Saddam. Tampil kembali untuk tahun ini sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan.
Pilihlah nak Ayam Goreng Bawang ke atau Daging Masak Hitam dengan telur rebus dan juga pilihan sayur seperti bendi, dan lain-lain lagi.
ADA MENU LAIN TAK?
Tidak dilupakan hidangan paling popular di WTCKL yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah. Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam dan banyak lagi.
KEMUDAHAN BERBUKA PUASA
Kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah. Kemudahan wuduk di lokasi dan Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih.
Caj tempat letak kereta sepanjang bulan ramadan (12 Mac 2024 – 9 April 2024) adalah RM 12 nett pada kadar rata. Kemasukan dari waktu pagi dan RM 5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang.
TIFFIN RAMADAN
Eksklusif pada Ramadan ini diraikan dengan lebih hijau dengan ‘Tiffin Carrier’ edisi terhad WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala RM79 bagi saiz dimensi 16cm.
Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh membawa pulang makanan di bufet ramadan kami selepas waktu berbuka puasa. Nikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur.
Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu Generic series, Ramadan series dan Batik series.
PROMOSI EARLY BIRD
Promosi Early Bird akan dijual pada harga RM108 net seorang.
HARGA BUFET RAMADAN
Harga asal bufet ramadan “Selera Warisan Kampung” adalah RM128 nett seorang untuk dewasa. RM73 nett seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas. Pembelian boleh dibeli di
Website| Contact 03 2614 6701/6702