Trinil: Kembalikan Tubuhku ! Kalau balan-balan ataupun penanggal pastinya ada yang kenal atau tahu. Bagaimana pula dengan hantu kuyang? Adakah ianya sama? Ada yang kata ianya adalah hantu yang cukup sinonim dan amat dikenali di kalangan masyarakat Nusantara.
Hantu Penanggal yang sememangnya antara jenis hantu yang sangat menyeramkan dengan pelbagai kisah yang diceritakan.
TRINIL: KEMBALIKAN TUBUHKU
Kerna kisah Hantu Penanggal – lah ianya diangkat oleh syarikat produksi Seven Skies Motion Sdn. Bhd untuk menghasilkan filem seram bertajuk Trinil: Kembalikan Tubuhku. Filem ini diterbitkan di Indonesia dan di arah oleh Hanung Bramantyo walaupun sebelum ini terkenal degan filem-filem cinta.
“Saya melihat kalau terbit filem di Malaysia dan meskipun mendapat sambutan hangat, agak sukar untuk memasuki pasaran Indonesia, namun filem-filem Indonesia pula selalu mendapat tempat dalam kalangan penonton di Malaysia.
“Menerusi perancangan yang dilakukan, meskipun diterbitkan di Indonesia, saya akan tetap memasarkan filem tersebut di negara sendiri,”
-kongsi Azlin Hilda Abdul Latif, Penerbit
INSIPIRASI DRAMA RADIO
Rupanya pemilihan naskah Trinil: Kembalikan Tubuhku sebenarnya adalah insipirasi daripada sebuah drama radio. Drama ini pernah popular dan viral sekitar 80-an di Indonesia.
Semuanya di luar jangkaan dimana Hanung memberikan idea untuk membuat sebuah filem seram setelah dia ditawarkan pemilik hak cipta Trinil untuk menghasilkan naskhah berkenaan. Kali terakhir dia buat filem seram adalah 17 tahun lalu dan dia mahu mencabar dirinya menerusi filem ini,”
GANDINGAN PELAKON POPULAR?
Dibintangi pelakon muda dan popular Indonesia seperti Carmela Van der Kruk, Rangga NaWra, Shalom Razade, serta Wulan Guritno. Turut serta pelakon terkenal Malaysia – Fattah Amin.
KENAPA FATTAH AMIN?
Pasti ada yang tertanya mengapakah Fattah Amin yang dipilih sebagai satu-satunya artis dari Malaysia membintangi filem ini!
Kredibiliti pelakon sebagai faktor utama selain Hanung tertarik dengan karektar Fattah dalam filem Mat Kilau yang kebetulan sedang hangat dimainkan di pawagam. Lagipun Fattah mempunyai peminatnya tersendiri di Indonesia dan menerusi filem Trinil telah membuatkan dia semakin dikenali.
11 JUTA DARI TAYANGAN HARI PERTAMA
Alhamdulilah, filem ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu. “Kalau di Indonesia mereka mengira dari suduh jumlah penonton, berbanding di Malaysia
yang menggunakan jumlah kutipan tiket.
“Berdasarkan perkiraan saya dan pihak produksi, Trinil: Kembalikan Tubuhku berjaya meraih jumlah jualan tiket sebanyak RM11 juta dan sudah ada tawaran pihak dari negara Vietnam untuk ditayangkan di sana,” ujarnya.
ANTARA DIALOG SERAM
“Pertama kali mendengar drama radio berkenaan, ia sudah menimbulkan perasaan seram terhadap diri saya. Misalnya dialog ‘Trinil, Balekno Gembungku’ yang diungkapkan salah satu watak dalam drama radio itu cukup menyeramkan buat diri saya,” ujarnya.
Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Februari 2024. Lebih istimewa lagi, penyanyi popular iaitu Aina Abdul telah diberi peranan untuk menyanyikan lagu OST filem berkenaan berjudul Kasih Merintih
SINOPSIS
Trinil: Kembalikan Tubuhku bermula dengan kisah pasangan suami isteri, Rara (Carmela Van De Kruk) dan Sutan (Rangga NaWra) memulakan hidup baharu setelah berkahwin. Rara mewarisi sebuah ladang teh yang terletak di Jawa Tengah, manakala Sutan pula menjadi jururawat di hospital.
Pada suatu malam, Rara mengalami gangguan mistik. Risau akan terjadi sesuatu perkara yang lebih buruk, Sutan meminta bantuan Yusof (Fattah Amin) untuk menangani gangguan berkenaan. Pada mulanya, Rara menolak cadangan suaminya itu.
Namun, berlaku lebih banyak kejadian aneh dan menyeramkan. Lebih menakutkan hantu kepala tanpa tubuh muncul dengan permintaan, “Trinil, kembalikan tubuhku.”
SCARY KE?
Jika anda mempunyai sakit jantung, darah tinggi mahupun sedang mengandung tidak digalakkan untuk menonton. Banyak scene ‘jump scare’ yang membuatkan jantung gugur terutama sekali bila mencari hantu tanpa badan muncul.
Menggunakan latar belakang zaman 70an, dari segi pemakaian dan juga tutur kata menjadikan ianya sebuah kisah atau naskah yang wajib ditonton.
Walaupun setiap scene ada saja kejutan, tapi yang paling diamati adalah sinematografi! Memukau pandangan dari hantu dimana sangat cantik dan indah terutama kebun teh.
Ada juga terselit lawak seperti scene Pak Joko di kamar Rara sewaktu Rara dirasuk dan kelihatan Sutan seperti ‘geng takut bini’ yang tidak berani berkata apa-apa. Mengapakah dia sebegitu? Ada maksudkah disebaliknya?
Hantu tanpa badan kerap muncul dengan berkata “Trinil, kembalikan tubuhku!” Pastinya ada sesuatu yang perlu dikembalikan tetapi apa? Hanya satu pesanan, jangan sekali berurusan dengan setan atau alam sana, padah nanti!
⭐⭐⭐⭐/5