SELANGOR FUTURE CUP 2025: APA YANG BEST?

Selangor Future Cup 2025: Kejohanan MLBB melibatkan sekolah-sekolah menengah di Selangor.

SELANGOR FUTURE CUP 2025

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan akan menganjurkan Selangor Future Cup 2025. Buat pada yang belum tahu ini adalah kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bakal melibatkan penyertaan 64 sekolah menengah seluruh Selangor yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Februari 2025.

Kejohanan ini turut disokong oleh pihak AEON dimana telah menawarkan penggunaan AEON Mall Shah Alam sebagai lokasi rasmi kejohanan.

CUNGKIL BAKAT BARU

Inisiatif ini bertujuan mengembangkan bakat pelajar bawah 17 tahun di seluruh Selangor dalam bidang e-sukan secara kompetitif serta membina kemahiran strategik, kepimpinan, dan kerjasama berpasukan. Kejohanan ini bakal menjadi platform untuk mengenal pasti bakat baru bagi mewakili Selangor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

KERJASAMA DENGAN TODAK

Buat pertama kali Todak bekerjasama dengan SRG dalam usaha merealisasikan inisiatif dan usaha YB Najwan, Exco Belia, Sukan Dan Keusahawanan Negeri Selangor. Ini bagi memperkasakan esukan di peringkat sekolah negeri Selangor dalam membangunkan lebih banyak bakat muda yang berpotensi menjadi atlet profesional.

Turut melibatkan juga kolaborasi bersama pihak Selangor Red Giants (SRG) dan TODAK yang bakal menyediakan bimbingan profesional kepada peserta. Peranan Todak disini selain dari menguruskan pertandingan Selangor Future Cup, juga bertindak sebagai rakan pembangunan atlet dan juga menawarkan biasiswa pendidikan kepada bakal juara”

BIASISWA BERNILAI RM160,000

Pendekatan yang diaplikasikan pada kejohanan kali ini buat pertama kali mengetengahkan pendidikan sebagai tunjang utama. Dengan penajaan biasiswa yang bernilai RM160,000 oleh pihak TODAK Academy kepada kesemua enam ahli pasukan yang menjadi Juara.

SELANGOR FUTURE CUP 2025

Biasiswa yang ditaja penuh oleh pihak TODAK Academy merupakan Diploma Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 4) iaitu Diploma Creative Content Development yang bernilai RM160,000. Seterusnya membuka ruang kepada mereka untuk memberdayakan diri dalam bidang akademik.

“ Saya berharap agar kejohanan ini dapat menarik minat lebih banyak institusi pendidikan diluar sana untuk bersama-sama kami pada masa hadapan. Dalam memberi sokongan dalam usaha memberi keseimbangan pendidikan di dalam arena e sukan”.

HARAPAN

SFC merupakan kejohanan yang melibatkan pelajar – pelajar sekolah dan dengan kerjasama ini dan berharap agar ianya dapat mengubah persepsi negatif masyarakat pada industri e-sukan. Agar dapat melihat lebih banyak kejayaan di peringkat negeri dan juga antarabangsa

SELANGOR FUTURE CUP 2025

“Kami berterima kasih kepada YB Najwan, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor , MSN dan juga pihak SRG atas usaha kerjasama ini”.

SELAMAT BERJAYA BUAT MEREKA YANG MENYERTAI SELANGOR FUTURE CUP 2025

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge