SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025- BERAKHIR DENGAN GAH, TERBAIK!

Selangor Future Cup 2024/2025 berakhir dengan gah, lahirnya lagenda memperkasakan belia melalui esukan dan pendidikan.

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

Majlis Sukan Negeri Selangor dan Pejabat Exco Belia, Sukan & Keusahawanan, dengan kerjasama Selangor Red Giants (SRG) dan TODAK, buat pertama kali menganjurkan Selangor Future Cup 2024/2025. Dari sini lahirnya lagenda – Kejohanan MLBB Antara Sekolah Negeri Selangor

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

Ia bertujuan untuk mengenalpasti bakat baru esukan dikalangan pelajar sekolah yang berpotensi. Juga memberi pendedahan kepada peserta merasai pengalaman kejohanan di skala professional.

PLATFORM ESUKAN

Lebih daripada sekadar pertandingan, Selangor Future Cup berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan bakat pemain muda kepada ekosistem esukan sambil menggalakkan keterlibatan komuniti dan semangat kesukanan.

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

Sebanyak 64 sekolah di seluruh Selangor telah mengambil bahagian, mempamerkan bakat generasi baharu dalam esukan dalam suasana yang kompetitif. Pertandingan ini juga menjadi salah satu platform
dalam mengenalpasti bakat yang boleh diserap ke program pembangunan atlet esukan bagi misi SUKMA yang akan datang.

TAHNIAH SMK KOTA KEMUNING!

Buat julung kalinya, kejohanan ini juga menyaksikan juara bagi Selangor Future Cup 2024/2025 iaitu Sekolah Menengah Kota Kemuning ( Kuala Selangor ) berjaya mendapat penajaan pembangunan fasiliti esukan bernilai RM 30,000.

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

Manakala setiap peserta mendapat penajaan biasiswa penuh daripada TODAK Acdemy bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) dalam usaha memberi keseimbangan antara esukan dan juga pendidikan.

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

Tempat kedua dimenangi oleh SMK Saujana Utama diikuti dengan SMK Seksyen 19 dan SMK Bandar Sunway.

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025
SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

LEBIH DARI 300 PELAJAR TERLIBAT

Program yang berlangsung selama dua hari ini dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari diiringi YB Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor pada 22 dan 23 Februari 2025 bertempat di AEON Mall Shah Alam. Sekurang-kurangnya 384 orang pelajar dari 64 buah sekolah telah bertanding dalam acara yang gemilang ini.

SEJARAH BUAT TEAM TODAK

“Kejohanan ini merupakan sebuah sejarah buat TODAK kerana buat pertama kali kami dapat menyumbang pendidikan buat industri esukan selain dari terlibat secara langsung dalam penganjuran. Selari dengan objektif kami dalam memberi keseimbangan antara sukan dan pendidikan terutama buat pelajar pelajar sekolah”.

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

Sepanjang dua hari kejohanan ini berlangsung, kami dapat lihat ramai peserta yang mempunyai potensi besar dan saya percaya dengan bimbingan yang betul melalui program pembangunan atlet di Todak dan SRG, kita mampu melahirkan lebih ramai atlet profesional di masa hadapan.

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

Saya mendapat banyak maklum balas yang positif dari pihak sekolah, guru-guru serta ibu bapa sepanjang kejohanan berlangsung dan saya percaya platform ini dapat diperluaskan lagi dengan lebih banyak penyertaan dari sekolah sekolah seluruh negeri Selangor di tahun hadapan.

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

Terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat dan juga kepada guru-guru yang memberi sokongan sepanjang penganjuran kali ini”.

-kata Timbalan Presiden TODAK, En Mohd Ikmal Fareeq Bin Shamsul Bahri.

SOKONGAN PENAJA

Turut mendapat sokongan daripada penaja utama, termasuk TODAK Academy, yang menaja Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) serta AEON Mall Shah Alam sebagai penaja rasmi lokasi kejohanan. Selain mendapat sokongan dari Moonton Student Leaders (MSL) dengan jumlah tajaan in-app diamonds.

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025

Tajaan ini mencerminkan komitmen mereka dalam menyokong pembangunan bakat esukan dalam kalangan belia serta memajukan industri esukan di Malaysia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge