Hanya dengan sukan boling ianya boleh perkukuhkan perpaduan. Ini sempena Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah JPPM 2024.
KEJOHANAN PIALA KETUA PENGARAH JPPM 2024
Berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keseronokan dimana Sunway Mega Lanes di Subang Jaya menjadi saksi kepada satu acara yang menggabungkan keseronokan bersukan dengan semangat perpaduan.
Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) 2024 telah berjaya mengumpulkan lebih 90 pertubuhan berdaftar dari seluruh negara, membentuk 124 pasukan yang bersaing dalam suasana harmoni.
KERJASAMA JPPM & MTPN
Acara ini, yang dianjurkan sempena Hari Sukan Negara, merupakan hasil kerjasama antara JPPM Negeri Selangor dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN). Matlamat utamanya bukan sekadar mencari juara boling, tetapi untuk menyemai semangat perpaduan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pertubuhan berdaftar Malaysia.
“Kejohanan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi juga platform untuk memperkukuh hubungan antara pertubuhan dan JPPM, serta sesama pertubuhan sendiri,”
-Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah JPPM
Presiden MTPN, Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo, turut hadir untuk merasmikan kejohanan. Beliau menyifatkan acara ini sebagai bukti komitmen MTPN dalam mempromosikan kerjasama antara organisasi melalui aktiviti sukan.
ASPIRASI MALAYSIA MADANI
Kejohanan ini juga mencerminkan aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan perpaduan dan kerjasama pelbagai sektor dalam masyarakat. Dengan menghimpunkan pertubuhan dari pelbagai latar belakang, acara ini menjadi medan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan perpaduan.
MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DALAM JABATAN
Selain memupuk perpaduan, kejohanan ini juga bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan ahli pertubuhan. Dato’ Mohd Zulfikar menyatakan bahawa program seperti ini dapat meningkatkan produktiviti bukan sahaja dalam jabatan
Juga dalam masyarakat secara keseluruhan.Sambutan yang menggalakkan terhadap kejohanan ini telah mendorong JPPM untuk menjadikannya acara tahunan.
“Kami berhasrat untuk meneruskan penganjuran acara seperti ini setiap tahun bagi memastikan aspirasi perpaduan dan kesihatan dalam kalangan pertubuhan dapat direalisasikan,”
-tambah Ketua Pengarah JPPM.
INISIATIF ROS CARE
JPPM juga mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan inisiatif ‘Ros Care’, yang bertujuan memberi bimbingan kepada pertubuhan berdaftar dalam aspek pengurusan dan pentadbiran. Dato’ Mohd Zulfikar menggalakkan pertubuhan yang memerlukan bantuan untuk menghubungi JPPM secara langsung.
Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah JPPM 2024 telah membuktikan bahawa sukan bukan sahaja dapat menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga menjadi medium berkesan untuk memupuk perpaduan dan kerjasama dalam kalangan pertubuhan di Malaysia. Acara ini telah berjaya menggabungkan elemen kesukanan dengan aspirasi nasional, menjadikannya lebih daripada sekadar pertandingan boling biasa.
TERIMA KASIH YANG TERLIBAT
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan MTPN juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua syarikat yang telah menyertai acara sukan ini.
Penyertaan anda semua, termasuk Pine Hills International, International Negative Ion and Energy Certified Institution (IECI), International Financial Consultant Certified Institute, VKIDS Trend Sdn Bhd, Malaysia Optical Chamber of Commerce (MOCC).
Tidak lupa juga National ESG Development Council, Global Agro Development, Allexcell Trading Sdn Bhd, Rising Capital Sdn. Bhd, Yayasan Teknologi Ekonomi Global, Malaysia Trust Development Foundation, dan Goodnite International Sdn Bhd, telah menjayakan kejohanan ini dan membantu memupuk semangat perpaduan serta kesukanan dalam kalangan pertubuhan berdaftar di Malaysia.
Sokongan dan penglibatan anda amat dihargai dan telah menyumbang kepada kejayaan acara ini dalam mencapai matlamatnya untuk mengeratkan hubungan antara pertubuhan serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan.