STAYCATION SAMBIL BELAJAR MUAY THAI? CONCORDE HOTEL SHAH ALAM ADA PAKEJ BEST!

Stay – Dine- Fight! Jom ke Concorde Hotel Shah Alam ada staycation dengan Muay Thai! Kalau staycation bagi anda biasanya cuma tidur, makan dan jalan-jalan, Concorde Hotel Shah Alam kali ini ada sesuatu yang sedikit berbeza.

MUAY FIT

Menerusi kerjasama bersama MuayFit Malaysia, tetamu kini boleh menggabungkan penginapan dengan aktiviti kecergasan seperti Muay Thai, tinju, kickboxing dan functional fitness.

Konsepnya ringkas — Stay • Dine • Fight! 🥊

STAYCATION PUN BOLEH JADI LEBIH AKTIF

Program ini sesuai untuk mereka yang nak cuba pengalaman baharu sambil kekal aktif. Tak pernah belajar Muay Thai?

Jangan risau. Aktiviti yang ditawarkan terbuka kepada pemula, individu, keluarga, kumpulan serta komuniti korporat.

MUAY THAI

Selain membantu meningkatkan kecergasan, latihan seni mempertahankan diri juga boleh menjadi aktiviti untuk membina keyakinan diri, koordinasi dan mengurangkan tekanan.

Malah, kanak-kanak berusia enam tahun ke atas turut boleh menyertai program tertentu yang memberi penekanan kepada disiplin, keyakinan diri dan koordinasi.

RM49 PUN DAH BOLEH CUBA MUAY THAI?

Kalau belum bersedia untuk staycation, boleh cuba sesi kecergasan terlebih dahulu. Yuran penyertaan bermula RM49 seorang untuk sesi selama satu jam.

Selain Muay Thai dan latihan kecergasan, tetamu juga boleh menikmati kemudahan serta aktiviti lain di hotel seperti berenang bersama Swim Up Academy dan bersenam di Kilos Fitness Centre.

PALING MENARIK: STAY + DINE + FIGHT

Ini bahagian yang paling menarik untuk mereka yang sedang mencari idea staycation di Shah Alam. Pakej Stay • Dine • Fight ditawarkan pada harga RM175 nett seorang dan merangkumi:

🛏️ Penginapan satu malam
👯 Bilik twin sharing
🍳 Sarapan untuk dua orang
🥊 Sesi Muay Thai

MUAY THAI

Kalau nak tambah sedikit pengalaman santai selepas workout, Hi-Tea Experience juga boleh ditambah pada harga RM88 nett seorang.

Jadi, daripada sekadar check-in hotel, anda boleh buat aktiviti, makan, berehat dan cuba sesuatu yang berbeza dalam satu staycation.

SESUAI UNTUK FAMILY, KAWAN & TEAM BUILDING

Menariknya, kerjasama MuayFit Malaysia dan Concorde Hotel Shah Alam bukan hanya untuk tetamu individu.

Program team building dan corporate wellness turut disediakan untuk syarikat yang mahu membawa aktiviti kecergasan ke dalam program organisasi. Pakej tertentu juga boleh dituntut di bawah HRDF/HRDC, tertakluk kepada syarat dan kelayakan.

Ini boleh jadi pilihan menarik untuk syarikat yang mahu aktiviti team building yang sedikit berbeza daripada aktiviti biasa.

MUAYFIT MALAYSIA BUKAN NAMA BAHARU

MuayFit Malaysia ditubuhkan pada 2010 dan merupakan antara gim seni mempertahankan diri campuran (MMA) perintis di Malaysia.

MUAY THAI

Kini, MuayFit mempunyai empat cawangan di sekitar Lembah Klang dan turut dikenali menerusi penganjuran Central Fight Fest, yang pernah menarik lebih 80,000 pengunjung.

Dengan pengalaman tersebut, kerjasama bersama hotel ini memberikan peluang kepada lebih ramai orang untuk mengenali seni mempertahankan diri dalam suasana yang lebih santai dan mesra.

Concorde Hotel Shah Alam

Bagi yang belum pernah menginap di sini, Concorde Hotel Shah Alam merupakan hotel perniagaan empat bintang dengan 381 bilik, daripada kategori Deluxe sehingga suite.

Kadar penginapan bermula daripada RM280 nett satu bilik untuk satu malam.

Dan kalau anda memang sedang mencari idea untuk staycation di Shah Alam, pakej Muay Thai ini boleh jadi satu pilihan yang agak rare.

MUAY THAI

Sebab biasanya kita pergi hotel untuk rest.

Kali ini boleh pula pergi hotel untuk rest + workout + makan. 😂🥊

Jadi, Worth It Ke?

Bagi saya, konsep Stay • Dine • Fight ini menarik sebab ia memberikan kelainan kepada pengalaman staycation biasa.

Tak perlu jadi fighter untuk mencubanya.

MUAY THAI

Kalau anda baru nak mula bersenam, nak cuba Muay Thai, nak buat aktiviti bersama pasangan atau kawan, atau syarikat yang sedang mencari idea untuk corporate wellness — semuanya boleh dipertimbangkan.

Yang penting, jangan lupa bawa tenaga lebih sikit. Sebab lepas Muay Thai, sarapan esok pagi mungkin rasa lagi sedap. 😂

📌 INFO

MuayFit Malaysia
🥊 Muay Thai & Fitness: +6012 996 8275

Kilos Fitness Centre
🥊 Fitness: +6012 281 9203

Concorde Hotel Shah Alam
📞 +603 5520 8000
📧 shah@concorde.net

Harga dan pakej tertakluk kepada terma dan syarat. Cukai Kelestarian RM7 bagi setiap bilik, setiap malam tidak termasuk dalam harga pakej. Hi-Tea merupakan pilihan tambahan RM88 nett seorang.