SAMBUTAN HARI PENJAJA & PENIAGA KECIL 2022, BEST!

SAMBUTAN HARI PENJAJA & PENIAGA KECIL 2022, BEST! | Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Terbaru yang dikongsikan adalah berita baik buat penjaja dan peniaga kecil di Malaysia.

Mana taknya, sambutan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) berlangsung dengan meriah.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang ke 10, di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

2,500 PENJAJA & PENIAGA KECIL HADIR

Seramai lebih daripada 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara hadir. Dimana tahun ini adalah tahun ke 10 sambutan di peringkat kebangsaan diraikan pada tarikh 18 November setiap tahun.

TURUT SERTA RAKAN STRATEGIK KUSKOP

Konvensyen HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) turut disertai oleh rakan-rakan strategik KUSKOP.

Antaranya Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM).

Juga Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor.

DIRASMIKAN OLEH YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Buat pertama kalinya oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Hadir bersama adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami.

Juga YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.

Perdana Menteri di dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah buat komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung tanpa putus kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini.

Serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).

ANUGERAH KECEMERLANGAN

Selepas merasmikan HPPK2022 ini, Perdana Menteri juga menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 16 orang penerima.

Penerima anugerah ini menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP.

ANUGERAH KHAS JASAMU DIKENANG

Manakala Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli Norani – mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK).

Sebagai pengiktirafan sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012.

KOMITMEN KUSKOP

Dalam komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.

-kongsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick

Terdapat juga pameran produk para penjaja dan peniaga kecil termasuk juga booth-booth rakan-rakan strategik. Antaranya Tekun Nasional, badan bukan kerajaan, agensi swasta dan banyak lagi.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge