ANUGERAH ARTIS MUDA FABER-CASTELL 2022, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jenama Faber-Castell lebih sangat dekat dengan anak-anak tidak kira di sekolah rendah mahupun menengah.
ANUGERAH ARTIS MUDA FABER-CASTELL 2022
Anugerah Artis Muda Faber-Castell 2022, iaitu satu platform untuk bakat muda mempamerkan kreativiti mereka. Menerima lebih daripada 20,000 penyertaan untuk pertandingan mewarna terbesarnya.
DUTA ARTIS MUDA FABER-CASTELL
Kembali untuk tahun ke-dua, pelajar berumur antara 5 hingga 8 tahun (Kategori A) dan 9 hingga 12 tahun (Kategori B) di seluruh Malaysia bertanding dalam 3 pusingan mewarna.
Pertandingan mewarna yang paling berprestij untuk kanak-kanak di negara ini bertujuan menyuntik kreativiti dalam kalangan bakat muda Malaysia.
Pemenang Utama menjadi Duta Artis Muda Faber-Castell Malaysia.
TEMA ‘A GREENER NATURE, A BETTER FUTURE”
Pertandingan ini menggalakkan para peserta untuk mendalami kreativiti. Serta kelestarian melalui kertas mewarna dan bengkel maya yang meliputi pelbagai topik.
Daripada pemeliharaan hidupan liar, flora dan fauna sehinggalah pemuliharaan lautan.
Peserta telah dibekalkan dengan pengetahuan, tutorial, bahan dan alatan yang bernilai oleh pakar-pakar seni. Memberikan tunjuk ajar melalui silibus pembelajaran holistik dalam satu siri ‘masterclass’ mini.
Para finalis teratas turut berpeluang menyertai lawatan lapangan ke Aquaria KLCC bagi menyemarakkan inspirasi dan kreativiti mereka.
PERANAN MEMUPUK KREATIVITI SEJAK KECIL
“Di Faber-Castell, kami akan terus memainkan peranan untuk memupuk kreativiti sejak kecil. Sepanjang dua tahun lalu, Anugerah Artis Muda telah mencapai lebih 3,000 sekolah dan 700,000 pelajar.
Sebagai syarikat yang menerajui kelestarian, kami ingin menawarkan ruang kepada bakat-bakat muda. Untuk menonjolkan kreativiti mereka sambil menyumbang kepada sesuatu yang bermakna.
Dalam pada itu, kesedaran tentang pemeliharaan hutan dan hidupan liar adalah penting untuk masa depan yang lestari.
Jadi, kita perlu mendedahkan anak-anak kita kepada topik ini, menyokong minat mereka, dan memberikan mereka ruang untuk menzahirkan kreativiti mereka.
SOKONGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, pelajar yang mengambil bahagian akan memperoleh markah bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK) mereka.
Berbekalkan kejayaan anugerah tahun ini dengan lebih 20,000 penyertaan, pelajar dan ibu bapa boleh menantikan edisi tahun depan”
-kata Encik Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia
PROGRAM MULA JUN LALU
Sepanjang program ini yang bermula pada bulan Jun lalu, para peserta telah dibimbing, diberikan inspirasi, dan dilengkapi dengan kemahiran kreatif melalui pelbagai teknik mewarna.
Seperti adunan, percikan, garis besar, sapuan berus dan sebagainya. Ia perlu diaplikasikan oleh mereka semasa pertandingan mewarna Anugerah Artis Muda.
Terdiri daripada TIGA topik kelestarian:
Pusingan 1 – Perbincangan mendalam tentang Pemliharaan Hidupan Liar di mana perserta 200 teratas telah dipilih
Separuh Akhir – Memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk mempelajari jenis-jenis tumbuhan jua spesies. Yang mana menghadapai kepupusan – 80 teratas terpilih
Akhir – Kanak-kanak bukan saja didedahkan kepada makhluk-makhluk yang hidup di permukaan laut. Malah berpeluang menyertai lawatan lapangan ke Aquaria KLCC
HADIAH YANG DIMENANGI
10 pelajar terbaik bagi kedua-dua kategori umur telah menerima hadiah lumayan, termasuk wang tunai, trofi, hamper produk dan sijil penyertaan.
Selain wang tunai bernilai RM2,000, produk Faber-Castell bernilai RM500, hadiah dan diskaun produk eksklusif, serta peluang untuk mempamerkan hasil karya seni mereka.
Kedua-dua Pemenang Utama turut berpeluang memperoleh pengalaman langsung tentang produk baharu Faber-Castell.
Pembelajaran berterusan serta peningkatan kemahiran melalui bengkel dan aktiviti pendidikan dalam program Anugerah Artis Muda yang bakal datang.
PEMENANG UTAMA – KADEN YAP
Apabila Kaden Yap Kai Tehn yang berusia 12 tahun dari SJK (C) Yuk Chai diumumkan sebagai Pemenang Utama Kategori B, ibunya berkongsi,
“Kami menyokong Kaden dengan bahan-bahan yang sesuai untuk dia meneroka dan menghasilkan karya seninya.
Sepanjang perjalanan ini, dia berusaha dengan penuh kesungguhan dan tidak pernah berputus asa, tidak kira berapa kali dia perlu berlatih.
Sebagai ibu bapanya, kami menggalakkan dan melatihnya dalam pengurusan masa.
Hasilnya, dia lebih berdisiplin dan mampu menyelesaikan masalah secara kreatif. Pertandingan ini turut mendekatkannya dengan topik tentang hidupan liar, flora & fauna dan pemeliharaan hidupan marin.
Didorong oleh kajiannya untuk pertandingan ini, dia kini seorang pencinta alam semula jadi.”
ANUGERAH ARTIS MUDA KALI KEDUA
Peserta Anugerah Artis Muda kali kedua, Lee Hao Xuan dari SJK (C) Chio Min A telah dinobatkan sebagai Pemenang Utama Kategori A.
“Tahun lepas, saya memenangi tempat ketiga dan tahun ini, saya telah berusaha lebih keras. Saya telah berlatih dengan gigih untuk pertandingan ini dengan lebih 20 lukisan.
Saya menikmati keseluruhan proses meneroka pelbagai bahan dan teknik yang berbeza.
Meminati seni sejak berumur empat tahun lagi, dan saya teruja kerana boleh menggunakan pengetahuan saya untuk sesuatu yang berunsurkan pendidikan dan bermakna.”
Website Young Artis | Website Faber-Castell