ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA 2025 DENGAN 3 LAGU RAYA HEBAT!

Rockfuel Entertainment Lebih 1.7 Bilion Strim & Tontonan, Carta No. 1 & Tarian Tular Buat Karya Raya – ‘Meriah Lain Macam’, ‘Nyam Nyam Ketupat’, Dan ‘Dam Dim Dum Raya’.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

Rocketfuel Entertainment dengan penuh kebanggaan mengumumkan kejayaan luar biasa sempena Ramadan dan Aidilfitri 2025 dengan pelancaran tiga lagu Raya yang mencipta fenomena tersendiri.

“Meriah Lain Macam” nyanyian Hael Husaini dan Nadeera, “Nyam Nyam Ketupat” oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan MissAlvy, serta “Dam Dim Dum Raya” oleh Nadeera.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA 2025

Ketiga-tiga lagu ini telah mengumpulkan lebih 1.7 bilion strim/tontonan secara kolektif di YouTube dan platform digital lain, menjadikannya antara projek muzik Raya paling berjaya dalam sejarah Rocketfuel Entertainment.​

MERIAH LAIN MACAM – NO 1, CARTA MALAYSIA & BRUNEI

Lagu Raya “viral” ini telah mencatat lebih 16 juta tontonan di YouTube dan menduduki tangga No.1 di pelbagai carta. Termasuk Carta RIM (Lagu Melayu) (kini dikenali sebagai Official Malaysia Chart), Billboard Malaysia, YouTube Music Malaysia dan YouTube Music Brunei.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA 2025

Lagu ini juga “trending” nombor 1 di YouTube selama 33 hari berturut-turut.​ Dicipta oleh Hael Husaini dan Iqie Hugh. Lagu ini menggambarkan keterujaan pasangan suami-isteri membuat persiapan pulang ke kampung untuk beraya.​

KONGSI HAEL HUSAINI

“Alhamdulillah, saya amat terharu dengan sambutan luar biasa terhadap ‘Meriah Lain Macam’. Bila saya dan Nadeera rakam lagu ini, niat kami hanya hendak sampaikan kemeriahan, rasa gembira dan semangat Raya yang semua rindukan.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA 2025

Tapi bila melihat lagu ini meledak, ia benar-benar di luar jangkaan. Saya berterima kasih kepada semua peminat dan pendengar yang menjadikan lagu ini sebagai sebahagian daripada ‘playlist’ Raya mereka. Ini hadiah paling manis buat kami tahun ini.”

NYAM NYAM KETUPAT – LAGU RAYA PALING CERIA 2025 & TARIAN TULAR

Lagu Raya “cute” dan catchy” ini menampilkan gandingan hebat Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy. Dengan melodi yang comel dan lirik yang mencuit hati, lagu ini telah meraih hampir 8 juta tontonan di YouTube dan mencapai kedudukan No.3 Most Streamed Malay Singles In Malaysia. 

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA 2025

TARIAN UNIK

Selain itu, lagu ini juga memperkenalkan tarian unik yang menjadi tular di media sosial, dan menariknya, bintang sukan badminton dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris, Victor Axelsen turut menggunakan “Nyam Nyam Ketupat” sebagai lagu latar dalam salah satu hantaran di akaun TikToknya ketika sesi latihan di Kelab Badminton Gentofte, Denmark.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA 2025

KONGSI WANI KAYRIE

“Saya benar-benar teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima ‘Nyam Nyam Ketupat’. Tak sangka lagu yang kami rakam dengan penuh keceriaan dan semangat Raya ini mencuri hati jutaan pendengar! Gabungan tenaga semua artis menjadikannya sangat istimewa.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA 2025

Melihat orang ramai menari dan menyanyi bersama di media sosial memang sangat mengujakan. Saya anggap ini sebagai salah satu pencapaian terbaik saya untuk musim Raya kali ini.”

DAM DIM DUM RAYA – SENTUHAN ISTIMEWA NADEERA UNTUK RAYA TAHUN INI

Sebagai penyanyi solo, Nadeera juga tidak ketinggalan dengan lagu “Dam Dim Dum Raya” yang meraih lebih 800,000 tontonan di YouTube, sebuah pencapaian yang membanggakan.

KONGSI NADEERA

“Saya sangat bersyukur dengan sambutan yang diberikan terhadap ‘Dam Dim Dum Raya’. Ini adalah lagu Raya solo pertama saya, jadi ia memang sangat bermakna. Walaupun kita tahu persaingan lagu Raya setiap tahun sangat sengit, tapi melihat sokongan daripada peminat dan bagaimana lagu ini berjaya mencuri tempat di hati ramai benar-benar menyentuh hati saya.”

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA 2025

PERANCANGAN ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

Melihat kepada sambutan hangat terhadap projek Raya 2025 ini, Rocketfuel Entertainment bertekad untuk terus mempersembahkan karya-karya berkualiti dan segar kepada penonton dan pendengar. 

Nantikan pelbagai lagi kejutan menarik dari Rocketfuel Entertainement yang bakal menyusul tidak lama lagi!​

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA 2025

LAGU BUKAN LAGI KITE & DIAM

Atas permintaan ramai, single “Bukan Lagi Kita” nyanyian Nadeera versi AJL, dan juga lagu “Diam” nyanyian Hael Husaini versi AJL juga kini tersedia untuk distrim bermula 1 Mei 2025 di semua pelantar digital utama. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge