“KASET” — GABUNG NOSTALGIA 90-AN & TEKNOLOGI Al DALAM VIDEO MUZIK

KRU cetus revolusi baru dengan album ke-15 KASET! Gabungan nostalgia 90-an dan teknologi AI dalam video muzik.

ALBUM KASET

Kumpulan pop legenda tanah air, KRU, kembali mempersembahkan karya penuh bermakna melalui pelancaran album terbaru mereka bertajuk KASET

Menandakan album ke-15 mereka sejak kemunculan pertama pada awal 90-an, KASET bukan sahaja membawa pendengar menyusuri nostalgia zaman kaset, malah melakar sejarah sebagai album pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Al generatif dalam penghasilan muzik video rasmi. 

PELANCARAN EKSKLUSIF BERSAMA PEMINAT

Majlis pelancaran album KASET diadakan secara eksklusif bersama peminat pada 23 April 2025 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Acara istimewa ini menyaksikan sesi pre-listening dan interaksi istimewa bersama anggota KRU — Dato’ Norman, Dato’ Yusry dan Edry Abdul Halim. 

KOLEKSI NOSTALGIA EKSKLUSIF

Sebagai penghargaan kepada peminat yang membesar bersama muzik KRU, edisi fizikal CD dan kaset album “KASET” turut dilancarkan secara terhad, menjadikannya koleksi nostalgia yang eksklusif. 

ALBUM KASET – 10 LAGU PASTI 10 CERITA

Album ini memuatkan 10 buah lagu baru, setiap satu (1) mewakili karakter dan emosi tersendiri. Berikut ialah senarai rasmi: 

  • HAMBADANSA – Lagu pernuh simbolik tentang perjuangan dalaman Dan ekspresi jiwa
  • ONE MORE TIME – Lagu motivasi bangkit semula lengkap dengan muzik video AI pertama KRU
  • REMAJA SELAMANYA – Lagu anthem berinsipirasikan era 90-an dengan visual AI penuh imaginasi
  • GOAT – Lagu dalam Bahasa Inggeris penuh semangat tentang menjadi yang terbaik
  • SELAMAT HARI LAHIR – Lagu ulang tahun yang tulus dan tidak klise. Menyentuh tentang masa dan penghargaan
  • VOODOO – Lagu eksperimental tentang Cinta yang memikat. muzik video ini turut dihasilkan sepenuhnya dengan AI heneratif pertama di Malaysia
  • SAMPAI SINI SAJA – Lagu perpisahan genre balada yang minimalis dan mendalam
  • HIGH MAINTENANCE – Lagu sassy dan penuh gaya meraikan keyakinan diri
  • CIPTAAN SEMPURNA – Lagu Cinta ringan Dan romantik tentang menerima pasangan seadanya
  • AGUNG – Lagu penutup yang dramatic Dan penuh emosi

TEKNOLOGI AI PERTAMA DALAM MUZIK VIDEO

KRU kini mencatat sejarah sebagai kumpulan muzik pertama Malaysia yang menggunakan Al generatif dalam dua (2) muzik video rasmi mereka —Voodoo dan One More Time

 ●  Paket Eksklusif: Untuk menghadiri acara ini, penggemar perlu membeli pakej khusus yang termasuk pass sesi mendengarkan, pass meet & greet, dan satu CD album “KASET” yang akan diberikan saat acara.

 ■  Album “KASET”: Album ini menandai kembalinya KRU dan merayakan 30 tahun karir mereka. Album ini menampilkan 10 lagu baru dan dirilis juga dalam format CD, dengan rencana untuk merilis edisi kaset sebagai barang koleksi.

 ●  Promosi: KRU aktif mempromosikan acara ini dan album “KASET” melalui media sosial mereka, termasuk TikTok, dengan teaser lagu-lagu baru dan ajakan untuk bergabung dalam acara di Dadi Cinema.

DAPATKAN EDISI TERHAD

Strim “KASET” bermula 25 April 2025. Dapatkan edisi fizikal CD & kaset — terhad dan eksklusif! 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge