Pung Pang Raya Bersama Barisan Pelakon Filem Citra Apartment dan Lakhus Penghulu Jin
PUNG PANG RAYA
Majlis Pung Pang Raya disambut meriah dengan kehadiran barisan pelakon filem Citra Apartment dan filem Lakhus, para media, blogger, influencer dan ramai lagi.
LAKHUS
Majlis ini diadakan bagi mempromosikan filem Citra Apartment yang bakal ditayangkan pada julai ini dan Filem lakhus yang baru menamatkan penggambaran pada mac yang lalu disamping menyambut hari raya bersama.
PROGRESS FILEM LAKHUS
Menurut penerbit Filem Lakhus iaitu David Teo, Filem Lakhus sekarang sedang berada di fasa editing offline. Sepanjang proses editing beliau berada bersama editor untuk memastikan bahawa segala rancangan yang dirancang berjalan lancar.
Beliau juga menjelaskan bahawa filem Lakhus merupakan sebuah filem yang tidak pernah beliau terbitkan, filem ini ada sedikit unsur “art berat “ dimana sesuai dengan pelakon dan pengarahnya, Azmir Affendi. Ini dipilih oleh beliau sendiri selepas melihat kemampuan Azmir Affendi untuk menjayakan filem dengan sentuhan “art berat” ini.
Beliau juga merasakan bahawa filem Lakhus ini bakal menjadi satu aras baharu untuk filem terbitan MIG. Filem ini bakal menemui penonton pada hujung tahun ini.
BARISAN PELAKON FILEM LAKHUS
Filem Lakhus Penghulu Jin dibarisi oleh, Qi Razali, Yasmin Hani, Maria Farida, Namron, Nafis Anuar dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh pengarah baharu iaitu Azmir Affendi.
CITRA APARTMENT
Selain itu, Jason Teo selaku penerbit filem Citra Apartment pula berkata, filem Citra Apartment merupakan sebuah naskah yang mengangkat konsep timeloop. Ia bukanlah konsep yang baharu untuk diterbitkan tetapi bagi beliau, konsep ini merupakan konsep yang menarik untuk dijadikan filem.
Beliau juga berharap agar filem ini dapat memenuhi kehendak dan selera penonton. Filem ini bakal menemui penonton pada 3 Julai 2025.
PELAKON CITRA APARTMENT
Untuk makluman, filem Citra Apartment ini dibarisi oleh, Elisya Sandha, Liang Chia, Razdan Shamsudin, Hanna Halim dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi, Amor Rizan.
Dalam perkembangan lain, MIG bakal memulakan penggambaran sebuah filem arahan Pierre Andre pada May bertajuk Nar’Sata: Sekutu Setan. Nar’Sata: Sekutu Setan merupakan sebuah filem bergenre Horror Thriller dan ia merupakan filem ketiga Pierre Andre bersama MIG selepas 10 tahun menghilangkan diri.
MIG juga akan menerbitkan sebuah filem bergenre Heavy Drama yang diarahkan oleh Eyra Rahman. Filem ini dijangka bakal memulakan penggambaran pada september ini.