Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Restoran Sahala Saji Hidangan Timur Tengah Di Cyberjaya!| Nasi Mandee, Hummus, Ayam Mandee, Ayam Kabssah , Meat Shawarma antara menu Timur Tengah yang biasa dihidangkan. Kalau di area Kuala Lumpur nie dah banyak cawangan atau restoran menyajikan hidangan Timur Tengah. Pada anda yang tidak tahu hidangan timur tengah seperti negara Arab, Turki , Yemen dan sebagainya. Kali ini restoran timur tengah di buka jauh dari bandaraya iaitu di Cyberjaya. Ini berita baik buat mereka yang tinggal di kawasan sekitarnya
Restoran Sahala terletak di Cottage Walk, Persiaran APEC. Jika anda yang tinggal atau biasa dengan kawasan Cyberjaya, Cottage Walk adalah diantara lokasi restoran dan kafe yang dikunjungi sewaktu makan tengah hari mahupun makan malam. Pelbagai restoran dan kafe ada di sini. Dikatakan kawasan ini meriah jikalau waktu malam minggu
Lokasi yang bersebelahan dengan stesen minyak Petronas menjadi landmark yang paling senang untuk di kongsi bila ke sini. Dekorasi yang ada didala restoran tidak terlalu sarat tetapi masih nampak kemodenan. Masih ada lagi elemen-elemen asal usul iaitu Yemen negara yang penuh dengan tradisi dan kebudayaannya tersendiri. Mempunyai 2 tingkat untuk anda nikmati hidangan mahupun majlis kecil-kecilan di ruang atas.
Mr Saeed, selaku owner restoran Sahala berkongsi bagaimana ianya dibuka dimana idea ini dari lawatan bersama rakan-rakan kongsi nya ke Malaysia sempena Tahun Malawat Malaysia 2017. Beroperasi sejak bulan Januari 2019, sudah bertapak selama 6 bulan menyediakan pelbagai hidangan dari Yemen, Turki dan Arab bagi yang inginkan masakan Timur Tengah. Sahala bermaksud ‘easy’ ataupun lebih ringkas senang. Mungkin ada yang bertanya sedapkah hidangan disini? Yang KP boleh pastikan adalah chef-chef di sini semuanya berpengalaman dalam masakan tradisi mereka.
Ditanya tentang rempah ratus yang digunakan, rempah ratus utama di import ke Malaysia dan selebihnya menggunakan produk dari Malaysia. Kelainan antara hidangan Timur Tengah di restoran ini adalah menyediakan hidangan BBQ dari Turki selain dari Nasi Mandee yang kebiasaan dicari. Antara hidangan yang sempat KP rasa sewaktu pelancaran Restauran Sahala seperti
Mandhee Daging Kambing
Zorbian Daging Kambing
Daging BBQ Campur Ala Turki
Daging BBQ dalam set diatas
Kebab Gulung Istanbul
Roti Turki
Jadi jika anda kebetulan atau memang tinggal di area Cyberjaya atau sekitarnya boleh singgah untuk mencuba masakan Timur Tengah. Tidak perlu lagi ke bandaraya untuk menikmati hidangan anda .Untuk maklumat lanjut layari
Website : www.sahalarestaurant.com
Facebook : https://facebook.com/SahalaRestaurantCyberjaya
Contact : 03 8322 2383
Siapa yang suka makan makanan arab atau timur tengah bolehlah singgah sini. Agaknya berapa harga satu hidangan tu ye?
Awang recently posted…City Broadband KHAS untuk Penduduk Cyberjaya!!!