Korean Sensasi Set Kini Kembali, Terima Kasih Marrybrown®

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Korean Sensasi Set Kini Kembali, Terima Kasih Marrybrown®|Peminat ayam goreng kini dapat merasai promo popular Korean Sensasi yang ditawarkan semula oleh Marrybrown®. Ini adalah rangkaian makanan segera Halal yang pertama dan terbesar di Malaysia. Marrybrown® memperkenalkan dua hidangan Kombo Ayam Terhangat (Kepak Ayam Terhangat dan Burger Ayam Terhangat) bermula sekarang hingga 1 September di semua cawangan seluruh Malaysia.

Kombo Korean Sensasi Ayam Terhangat kembali dengan gabungan kerangupan ayam Marrybrown® yang enak disaluti sos pedas Korea – ciptaan yang sempurna direka untuk menepati citarasa mereka yang suka rasa manis dan pedas dalam setiap sajian. Hidangan lazat ini juga bakal mencabar daya tahanan anda apabila rasa enak dan pedas bergabung dalam setiap gigitan yang lazat.

Bagi melengkapkan pengalaman Korean Sensasi anda, setiap hidangan datang dengan set kentang goreng rangup dan minuman ringan. Bersempena dengan promosi ini, Marrybrown® juga akan mengadakan peraduan yang menyeronokkan di laman media sosial mereka iaitu cabaran “Korean Hot Chicks Sensation Mukbang” yang akan berterusan hingga 26 Ogos 2019.

“Merujuk kepada permintaan ayam goreng Korea yang semakin berkembang, kami amat gembira untuk membawa kembali promo popular Korean Sensasi pada tahun ini. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberi oleh para pelanggan yang menjadikan Korean Sensasi pada tahun lepas satu kejayaan yang besar, malah, kami teruja untuk memastikan pelanggan menerima servis dan produk yang terbaik,

Matlamat kami adalah untuk terus memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan hidangan penuh enak untuk para pelanggan menikmati bersama-sama ahli keluarga serta rakan-rakan mereka di Marrybrown®. Oleh itu, dalam perancangan masa hadapan, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu pengalaman para pelanggan dengan memberikan mereka pilihan lebih mudah seperti mewujudkan e-wallet menerusi hubungan kerjasama dengan GrabPay serta melancarkan perkhidmatan penghantaran dalam talian. Kami berharap agar terus mendapat sokongan para pelanggan Marrybrown® melalui penambahan ini,”
-kata  Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.
Marrybrown® turut berasa bangga untuk meraikan pencapaian tahun ke-38 sebagai jenama rangkaian makanan segera Halal yang pertama dan terbesar buatan Malaysia. Jenama ini telah membangun dengan pesat dalam 38 tahun ini, dengan pelan pengembangan bagi domestik dan antarabangsa untuk tahun 2019/2020.
Marrybrown® juga adalah rangkaian makanan segera yang pertama di Malaysia yang membawa makanan warisan tempatan yang popular di dalam menu mereka seperti Nasi MB, Bubur Ayam dan Mi Kari. Jenama kelahiran lokal ini juga amat berbangga dengan keupayaan menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang inovatif dan lazat menggunakan bahan-bahan yang berkualiti daripada pembekal yang dipercayai. Untuk maklumat lanjut layari



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge