GENBLUE lancar album mini pertama ‘ACT LIKE THAT’, serlah keyakinan dan semangat membara
GENBLUE
Dalam pergerakan ke persada muzik antarabangsa, GENBLUE bersemangat untuk melakar nama mereka menerusi “ACT LIKE THAT”, iaitu album mini sulung yang dinanti-nantikan.
ACT LIKE THAT
Bukan sekadar lagu, malah manifestasi keyakinan, semangat dan cita-cita tanpa gentar, menandakan detik penting buat GENBLUE dalam melangkah ke pentas dunia.
GUBAHAN POP DANCE
Runut judul ‘ACT LIKE THAT’ sebuah antem bertenaga menjadi nadi utama album ini ialah runut berjudul sama “ACT LIKE THAT”. Sebuah gubahan Pop Dance yang memukau dengan ritma dinamik, aura bertenaga dan pesona pentas menarik.
Lagu ini turut menyampaikan mesej kuat dan berinspirasi buat para peminat:
“Dalam perjalanan ke pentas dunia, jangan diganggu oleh orang lain — berani melangkah ke hadapan dan melayang dengan keyakinan!”
Dengan rentak dan melodi yang melekat di minda, lagu ini memberikan semangat hangat dan karisma menawan.
MINAT MUZIK GENBLUE
Para komposer menekankan bahawa “ACT LIKE THAT” mengungkap keghairahan GENBLUE terhadap muzik serta keyakinan diri yang tidak goyah, ia berniat menginspirasikan pendengar supaya berani menerima diri sendiri yang sebenar.
KAREOGRAFI UNIK
Turut menjadi sorotan ialah koreografi ikonik yang menyaksikan kedua-dua tangan bergerak atas, bawah, kiri dan kanan pada paras dada, hasilnya adalah gerakan serupa segi empat sama.
Pergerakan ini melambangkan anggota kumpulan berada di tengah-tengah pentas dan skrin, menghayati setiap saat di bawah pancaran cahaya. Koreografi yang menyerlahkan kekuatan dan keyakinan ini selaras dengan visi artistik GENBLUE untuk menjadi watak utama yang bersinar tanpa batasan.
LAGU 1ST EP ALBUM
Senarai Lagu GENBLUE THE 1st EP ALBUM berdiri daripada Feel Like Spring, ACT LIKE THAT, OH! dan Slow Down!