PROGRAM VOLVO SELEKT TERBARU DARI INGRESS SWEDE AUTOMOBILE, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Komitmen tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan keselamatan dalam pasaran kenderaan mewah terpakai.
VOLVO SELEKT
Nikmati pengalaman mewah gaya Scandinavia menerusi tawaran terbaharu daripada Ingress Swede Automobile. Program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT; yang beroperasi di Mutiara Damansara.
Menampilkan pelbagai kenderaan Volvo terpakai berkualiti tinggi yang melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh.
Menetapkan standard kecemerlangan dan keselamatan dalam pasaran kereta mewah terpakai di Malaysia.
INGRESS SWEDE AUTOMOBILE
Dengan permintaan untuk kereta mewah yang semakin meningkat, Ingress Swede Automobile akan memenuhi keperluan kumpulan pelanggan automotif.
Buat anda yang mencari gaya dan kualiti ikonik Scandinavia yang sering dikaitkan dengan kereta Volvo.
Menerusi Volvo SELEKT, pelanggan juga dijanjikan perkhidmatan yang profesional dan ketenangan dalam setiap pembelian.
SENANTIASA TEROKA PELUANG BARU
“Sebagai pengedar sah untuk Volvo Car Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka peluang baharu agar terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia.
Kami percaya bahawa kejayaan yang dicapai adalah bergantung pada keupayaan kami untuk berada selangkah ke hadapan dan memahami keperluan pelanggan.
Dan kerana itulah kami amat berbesar hati melancarkan program kenderaan pra- milik Volvo SELEKT.
SEIRING DENGAN VISI
Program ini bukan sahaja merupakan tambahan mantap kepada portfolio kami yang sedia ada, tetapi juga seiring dengan visi jangka panjang kami.
Turut mengukuhkan kerjasama yang terjalin dengan Volvo Car Malaysia, menyokong matlamat kelestarian kami.
Serta memperkukuhkan reputasi kami sebagai pembekal utama kenderaan premium dan mewah di Malaysia.
Kami juga berasa teruja dengan potensi peluang yang akan dibawa oleh program ini.
Tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada pelanggan kami dari Ingress Swede Automobile Sdn Bhd.”
-kongsi Encik Rabian Ab Rahman, Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile,
JALANI UJIAN DI BAWAH VOLVO SELEKT
Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani proses ujian dan pemeriksaan menyeluruh 125 mata untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.
Dilengkapi dengan jaminan minimum selama 12 bulan, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam.
Hanya kenderaan bebas kemalangan dan banjir yang diluluskan dengan jaminan kurang dari 5 tahun atau 100,000 km jarak perbatuan.
Ada juga pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan dan bajet yang berbeza.
KELEBIHAN ISTIMEWA
“Di Ingress Swede Automobile, kami menyediakan perkhidmatan dan produk yang luar biasa kepada pelanggan kami.
Berikut adalah kelebihan istimewa yang ditawarkan oleh program Volvo SELEKT Ingress Swede Automobile:
-Pemulihan dengan teliti
-Rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelengggaraan
-Pakej perkhidmatan
-Pakar yang sah dan terlatih
-Lokasi strategik
“Selain itu, pelancaran program Volvo SELEKT ini juga merupakan langkah penting dalam memperkasa matlamat kelestarian mampan jangka panjang syarikat kami.
Kami juga komited dalam mengekalkan standard kualiti dan perkhidmatan yang tertinggi, di samping turut memberi sepenuh perhatian kepada impak terhadap alam sekitar.
Dengan menawarkan kenderaan Volvo terpakai yang telah melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh, kami menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
Ini sejajar dengan objektif tanggungjawab sosial korporat, dan kami percaya bahawa langkah ini amat dihargai oleh pelanggan kami yang semakin peka terhadap isu alam sekitar lestari.”
-sambung En. Azeman.