JETOUR DASHING – KINI DI MALAYSIA, AMAZING!

JETOUR Dashing – SUV Pintar Serba Baharu Kini di Malaysia

JETOUR DASHING

secara rasmi melancarkan SUV pertama mereka, JETOUR Dashing, sekaligus menandakan kemasukan rasmi jenama ini ke dalam pasaran automotif Malaysia yang kompetitif. Dengan gabungan teknologi terkini, reka bentuk canggih dan harga mampu milik, JETOUR Dashing dijangka menjadi pilihan utama dalam segmen SUV untuk tahun 2025.

JETOUR

LANGKAH KE HADAPAN

Pelancaran JETOUR Dashing telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini. Dalam ucapan perasmiannya, Encik Ke Chuandeng, Naib Presiden JETOUR Auto, menegaskan bahawa pelancaran model ini bukan sekadar pengenalan SUV baharu, tetapi juga usaha serius JETOUR dalam memacu pembangunan industri automotif negara.

JETOUR

“Dashing bukan sekadar SUV. Ia simbol transformasi ke arah mobiliti pintar dan berteknologi tinggi,” –

-Ke Chuandeng, Naib Presiden JETOUR Auto

REKA BENTUK FUTURISTIK DAN PREMIUM

JETOUR Dashing tampil dengan reka bentuk coupe fastback 3D yang elegan dan aerodinamik. Dengan dimensi 4,590mm panjang, 1,900mm lebar dan 1,685mm tinggi, ia sesuai untuk pengguna bandar dan luar bandar yang mahukan SUV lima tempat duduk yang luas dan bergaya.

JETOUR DASHING

ANTARA CIRI LUARAN

  • Lampu utama LED matriks terpisah yang beroperasi secara automatik 100 meter sebelum pintu masuk terowong.
  • Lampu siang ‘Mecha-Eyes’ dan lampu belakang ala bendera perlumbaan.
  • Pemegang pintu sensor pintar tersembunyi dan rim 19 inci untuk kestabilan maksimum.
  • Sunroof panoramik 75 inci yang mencipta pengalaman kabin lebih terbuka.

RUANGAN DALAMAN MINIMALIS DAN SELESA

Interior Dashing hadir dalam dua pilihan warna – off-white dan hitam-merah – dengan susun atur tanpa bonggol tengah untuk keselesaan semua penumpang. Ruang but yang luas memudahkan aktiviti pengembaraan.

CIRI DALAM PINTAR

  • Arahan suara pintar untuk tingkap, penghawa dingin, muzik, dan navigasi.
  • Pencahayaan ambien boleh disesuaikan dan penapisan udara CN95 untuk keselesaan optimum.
  • Tailgate elektrik boleh laras, pengecas tanpa wayar, serta integrasi Apple CarPlay & Android Auto.

KESELAMATAN MENYELURUH DI JALAN RAYA

Dashing dilengkapi dengan sistem keselamatan pintar seperti:

  • Pengesanan titik buta dengan radar gelombang milimeter.
  • Amaran pertukaran lorong, amaran lintasan trafik belakang, dan amaran pintu terbuka. Semua sistem ini meningkatkan keyakinan dan keselamatan semasa memandu.

ENJIN TURBO BERTENAGA

SUV ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbocharged yang mampu menghasilkan 156PS kuasa kuda dan 230Nm tork, memberikan pecutan lancar dan kawalan stabil di lebuh raya mahupun jalan bandar.

HARGA SUV PREMIUM

JETOUR Dashing hadir dalam dua varian:

  • Comfort Trim: RM109,800.00 nett
  • Prima Trim: RM116,800.00 nett

Lima warna luaran ditawarkan: Carbon Black, Khaki White, Aurora Green, Phantom Grey, dan Hematite Red dengan dua pilihan dalaman yang eksklusif dan sofistikated.

JETOUR DASHING

KOMITMEN JETOUR PADA MALAYSIA

Sempena pelancaran ini, JETOUR turut mengumumkan kerjasama strategik bersama Kumpulan Berjaya, di mana Encik Ke Chuandeng dan Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan menandatangani Memorandum Persefahaman untuk memulakan projek Completely Knocked Down (CKD). Ini termasuk penggunaan teknologi INDUSTRI 4.0, AI, IoT dan robotik bagi meningkatkan proses pembuatan dan pelaburan tempatan.

JETOUR DASHING

JETOUR juga dalam usaha mengembangkan rangkaian jualan dan servis dengan lebih 15 pusat sedia ada, dan 30 pusat 4S/3S dijangka beroperasi menjelang tahun 2025. Lokasi meliputi Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, dan banyak lagi.

DAPATKAN SUV MASA DEPAN SEKARANG

Dengan pelancaran JETOUR Dashing, Malaysia kini menerima satu lagi pilihan SUV pintar dan bergaya yang memenuhi keperluan pengguna moden – dari reka bentuk, teknologi, keselamatan hingga ke harga. SUV ini akan  berada di semua bilik pameran sah seluruh Malaysia mulai April 2025.

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge