PROGRAM IBU NAKHODA HIDUP 2023 LABUHKAN TIRAI, AMAZING!
PROGRAM IBU NAKHODA HIDUP 2023 LABUHKAN TIRAI, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lebih dari 5 tahun mengadakan program ini buat ibu-ibu di luar sana.
PROGRAM IBU NAKHODA HIDUP
Dilancarkan pada 2015, program Ibu Nakhoda Hidup ini diperkenalkan untuk memacu pemerkasaan, menyediakan ibu usahawan yang berdaya saing dengan kelengkapan dan ilmu pengetahuan.
Juga keyakinan yang utuh untuk terus melangkah jauh di tengah-tengah landskap perniagaan yang sentiasa berkembang pesat.
Inisiatif ini juga mampu meningkatkan taraf hidup keluarga mereka dan komuniti setempat.
KEJAYAAN PROGRAM IBU NAKHODA HIDUP 2023
WOMEN:girls, dengan kerjasama Procter & Gamble (P&G) Malaysia dan Singapura, dan MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), dengan bangganya mengumumkan kejayaan program Ibu Nakhoda Hidup 2023.
LAMBANG DEDIKASI
Program Ibu Nakhoda Hidup 2023 melambangkan dedikasi tidak berbelah bahagi WOMEN:girls, P&G, dan MYDIN.
Menyerlahkan keazaman ketiga-tiga organisasi untuk memperkasa usahawan wanita, menyemarakkan pertumbuhan ekonomi.
Tidak lupa juga memberi impak yang berkekalan dalam masyarakat Malaysia.
ANTARANYA
Daripada penjual aiskrim sehingga guru muzik, inisiatif ini telah membantu 25 ibu usahawan di Malaysia.
Menangani cabaran untuk membina perniagaan dan meningkatkan kehidupan keluarga dan komuniti mereka.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM IBU NAKHODA HIDUP 2023
Diadakan di ibu pejabat MYDIN di Subang Jaya menjadi bukti kecemerlangan dan komitmen organisasi-organisasi ternama ini dalam usaha memajukan dan memperkasa usahawan wanita.
Terutamanya dalam menaiktaraf ekonomi mereka di seluruh negara.
Ia juga menjadi bukti aspirasi, kerjasama dan komitmen kolektif WOMEN:girls, P&G, dan MYDIN dalam mengemudi transformasi yang berimpak besar dalam ekosistem keusahawanan Malaysia.
NAFAS BARU KEPADA KERJASAMA
“Kerjasama ini mencerminkan kejayaan dalam usaha pembangunan mampan.
Kami amat berbesar hati untuk memberi nafas baharu kepada kerjasama kami dengan Procter & Gamble (P&G) dan MYDIN dengan melancarkan semula program Ibu Nakhoda Hidup.
Selepas berehat selama dua tahun sejak dilanda pandemik.
Program ini juga membuktikan kesedaran moral yang tinggi dikalangan rakan kongsi yang kami dihormati.
WOMEN:GIRLS
Di WOMEN:girls, kami memahami bahawa memperkasa ibu usahawan bukan sahaja bermaksud memperkasa komuniti.
Bahkan ia sepatutnya menyumbang ke arah pertumbuhan masa hadapan generasi akan datang,”
-menurut Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN:girls.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinamik serta komited dalam usaha memupuk wanita menjadi suri teladan dan kanak-kanak sebagai agen perubahan.
MEMPERKAYA KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN IBU
Datuk Wira (Dr) Hj. Ameer Ali Bin Mydin, Pengarah Urusan MYDIN, berkata,
“MYDIN dengan besar hati meneruskan kerjasama dengan P&G Malaysia dan Singapura dan WOMEN:girls dalam memupuk dan memperkaya kemahiran keusahawanan ibu-ibu melalui program ini.
Di MYDIN, kami komited untuk menggalakkan dan melengkapkan ibu usahawan dengan pendedahan, sumber dan persekitaran yang dapat memberi semangat untuk berkembang maju.
Komitmen kami juga terzahir dengan sumbangan yang besar dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih komprehensif.
Berkembang maju dan komitmen tinggi kami kepada usaha pemerkasaan wanita dan kemajuan ekonomi.”
ENAM TERPILIH DARI 104
Setelah penilaian teliti dilakukan terhadap 104 yang ditemu bual di pelbagai lokasi.
Termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kelantan, Sabah, dan Sarawak.
ENAM ibu usahawan luar biasa telah dipilih sebagai peserta program untuk tahun ini.
Mereka adalah:
- Chendra Anak Bahak dari Kuching – usahawan yang mengasaskan makanan tradisional Borneo di Semenanjung Malaysia
- Yenny Jamrut dari Sabah- pengusaha cendol yang mahukan perkembangan inovasi
- Mariani Idris dari Kuching – penggiat industri pertanian yang mempunyai pengetahuan lebih dua dekad tentang tumbuhan dan baja
- Masinah dari Sabah – pembekal ikan masin dan udang kering.Impian untuk mengeksport produknya ke pasaran antarabangsa
- Azmira Ali – mahir dalam penghasilan Sambal Penyet dimana impikan perniagaannya berkembang
- Paremala Vani- pengusaha bakeri dan tenaga pengajar dalam bidang bakeri yang komited untuk berkongsi ilmu
TABUNG – HULURKAN HARAPAN
Inisiatif Ibu Nakhoda Hidup ditunjangi Tabung ‘Hulurkan Harapan’, tabung yang mempunyai matlamat untuk mendukung inisiatif sosial oleh P&G dan MYDIN, sedekad yang lalu, serta diiktiraf P&G.
Bermula Mei hingga Jun 2023, setiap pembelian produk P&G bernilai RM10 dari mana- mana pasar raya MYDIN dan karnival bergerak, 5 sen akan disumbangkan kepada tabung bermakna ini.
Sejak itu, sebanyak RM95,000 telah terkumpul.
Melalui kutipan ini, setiap ibu usahawan dibantu dengan kelengkapan mengikut keperluan masing-masing.
Sama ada dalam bentuk barangan, perkhidmatan atau keperluan asas bagi menyokong perniagaan mereka.
KOMITMEN BERTERUSAN P&G
Dalam usaha memperkasa usahawan wanita dan menggerakkan anjakan transformasi dapat dilihat melalui sokongan teguhnya terhadap inisiatif ini.
“Di P&G, kami komited untuk memperkasakan wanita dan memacu perubahan positif dalam komuniti.
Kempen Ibu Nakhoda Hidup 2023 mencerminkan dedikasi kolektif kami untuk memperkasa wanita, memupuk pertumbuhan ekonomi, dan membina masyarakat yang lebih inklusif.
KERJASAMA STRATEGIK
Melalui kerjasama strategik seperti program Ibu Nakhoda Hidup, P&G memanfaatkan kepakaran dan sumbernya yang luas. Menawarkan sokongan kewangan dan prospek peningkatan kemahiran yang tidak ternilai.
Kami berharap dapat menyediakan asas yang kukuh untuk mereka mencapai kejayaan yang tertinggi.
Dengan melengkapkan ibu usahawan dengan kemahiran untuk mengembangkan perusahaan mereka, kami berhasrat untuk memperkasa wanita-wanita hebat ini.
Agar mereka terus berkembang maju sekaligus dapat meningkatkan pendapatan mereka dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam komuniti mereka.
Kejayaan mereka akan menjadi contoh dikalangan wanita dan akan dapat memacu ke arah kitaran pelaburan semula dikalangan keluarga dan masyarakat.”
-Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengurus Serantau, P&G Malaysia dan Singapura.