TONY ROMA’S PLATE TRIO-TIC – SEMPENA MERDEKA 2023, BEST TAU!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Merdeka tak lama lagi, tinggal kurang dari seminggu. Pastinya ramai yang mengadakan promosi sempena bulan Merdeka.
TONY ROMA’S PLATE TRIO-TIC
Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-66, Tony Roma’s dengan bangganya memperkenalkan menu terbaharunya ‘Plate-Trio-Tic’.
Menu ini bukan sahaja menampilkan hidangan lazat yang membangkitkan selera, malah ianya juga menjadi titik penyatuan bersama yang tersayang sambil meraikan semangat kemerdekaan.
TRIO FEAST PLATTERS UTAMA
Menu ‘Plate-Trio-Tic’ ini bermula dari 1 Ogos sehingga 1 Oktober di cawangan Tony Roma’s.
Menu ini memperkenalkan dua Trio Feast Platters utama yang menampilkan air tangan yang terbaik dari dunia kulinari dan pengalaman gastronomi yang luar biasa.
PLATTER A
Menyajikan daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, dihidangkan bersama salmon di atas topping berkrim, ayam salsa yang lazat, dan menara minuman Coca-Cola yang menyegarkan.
PLATTER B
Menggandingkan kombinasi daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, ribeye Australia demi-glace yang menggiurkan. ayam salsa, dan menara Coca-Cola.
SINGLE ORDER ADA?
Kalau seorang ada juga take promo nie? PASTilah ada, boleh pesan hidangan untuk seorang, seperti BBQ 1/2 Ayam (RM48.80++), Rusuk Daging Lembu atau Kambing Australia (RM99.90++).
Ada juga Ribeye Demi-Glace (RM105.90++), atau Salmon Salsa Nanas (RM66.60++) yang dihidangkan bersama segelas minuman ringan dan satu sup.
KINI SAH HALAL JAKIM
Komited untuk menghidangkan hidangan yanb penuh kepuasan dan inklusif untuk semua rakyat Malaysia. Kini, Tony Roma’s disahkan Halal oleh JAKIM,
Tony Roma’s juga bangga mengumumkan bahawa semua cawangannya di seluruh Malaysia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pencapaian ini meyakinkan pelanggan bahawa piawaian halal menjadi keutamaan dalam semua aspek penyediaan makanannya.
NIKMATI HIDANGAN TANPA RAGU-RAGU
“Pengiktirafan halal JAKIM sentiasa menjadi matlamat utama buat Tony Roma’s Malaysia sejak kami memperkenalkan jenama ini di sini.
Pengiktirafan halal di kesemua cawangan kami melambangkan dedikasi kami dalam memenuhi piawaian makanan dan keselamatan di tahap tertinggi.
Ini memastikan setiap individu yang memilih Tony Roma’s sebagai destinasi makanan halal dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan tenang dan tanpa rasa ragu-ragu.
Oleh itu, kami amat berterima kasih kepada pihak JAKIM atas penilaian rapi dan bimbingan sepanjang proses pensijilan ini,”
-kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, syarikat induk Tony Roma’s Malaysia.
PERCUMA SPICY CHICKEN
Sempena berita baik ini, Tony Roma’s menawarkan hidangan istimewa untuk 30 ahli Bite & Bites terawal.
Percuma Spicy Chicken Pasta dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit di semua cawangan Tony Roma’s di Malaysia.
Hidangan yang menarik ini menampilkan ayam empuk yang dimasak sempurna dengan bawang putih, daun basil, pesto tomato, dengan rasa chipotle untuk kehangatan istimewa.
Dihidangkan diatas pasta linguine dan taburan keju Parmesan, ia adalah hidangan yang mesti dicuba.
sedapnya! teringin nak makan one day nanti hehe