Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pizza Hut Loaded Pockets Kini Kembali Untuk Sambutan Perayaan | Pizza Hut Malaysia, peneraju rangkaian piza di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa piza istimewanya iaitu Loaded Pockets akan ditampilkan semula bersempena dengan bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Padat dengan limpahan kelazatan untuk memenuhi citarasa semua, piza ini merupakan ciptaan rasa yang harmoni bagi menjanjikan kepuasan sehingga gigitan terakhir! Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara bermula pada 11 Mei sehingga 21 Julai 2017.
Dengan slogan, “Juadah Beraneka Memikat Selera di Bulan Mulia”, piza Loaded Pockets menampilkan 12 kerak poket yang padat berinti dan menyelerakan. Setiap satunya berisi ayam serta cendawan serta ditabur keju cheddar bagi menghasilkan lebih kerangupan. Dengan kombinasi bahan-bahan segar yang pastinya menggamit selera seperti; lada benggala, cebisan nanas, bawang yang dikaramel dan ayam berempah manis, piza baru ini pasti akan membangkitkan selera.
Merrill Pererya, CEO QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata:
“Pada bulan Ramadhan ini, setiap orang mencari hidangan yang lazat yang dapat memenuhi keinginan mereka dan inilah sebabnya kami memperkenalkan semula pizza Loaded Pockets kepada para pelanggan, beserta seleksi pembuka selera, hidangan tambahan dan juga pelbagai pilihan pencuci mulut untuk dinikmati. Bagi pihak Pizza Hut Malaysia, kami juga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada para pelanggan kami yang beragama Islam dan semoga mereka dapat menikmati masa yang bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan,”
Piza Loaded Pockets baru kini boleh didapati menerusi pesanan ala carte pada hanya RM32.50 manakala kombo pula hanya ditawarkan untuk makan di restoran. Pizza Hut turut menawarkan pilihan kombo menarik untuk dua orang dan empat orang bagi mereka yang inginkan penjimatan hebat. Setiap kombo mengandungi satu piza Loaded Pockets bersaiz sederhana (kombo untuk empat orang termasuk satu lagi piza kegemaran bersaiz sederhana), sup
cendawan, pelbagai pilihan minuman seperti Shaken Ice Lemon Tea dan Wildberry Smash Tea, seleksi pembuka selera untuk dipilih seperti chips & dips, Caesar Salad, garlic bread, crispy fries dan pencuci mulut puding ros. Kombo ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM39.90 untuk dua orang, dan RM79.90 untuk empat orang.