Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Buffet Ramadan 2017; Selera Desa Kembara di Ancasa Hotel & Spa, KL | Selera Desa Kembara di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur bakal memeriahkan lagi berbuka puasa anda untuk tahun ini. Kembali tahun ini dengan juadah kampung dan masakan ibu tercinta ketika berbuka puasa. Bakal membawa mengembara ke seluruh bandar Kuala Lumpur di bawah satu bumbung berkonsepkan “Selera Desa Kembara”.
Pihak Ancasa Hotel & Spa menggabungkan tema Kembara Iftar di Kuala Lumpur bagi menyingkap semula kenangan lama. Juadah yang dihidangkan mengikut tempat-tempat yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih terpahat di memori kita. Contohnya Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy ,Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney, Warong Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road. Sajian dan juadah yang dilhamkan oleh Cef Yohanis, Cef Mariam. Cef Syukri dan Cef Alias yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan juga masakan melayu
Antara sajian yang kembara yang di hidangkan adalah Ikan bakar Stail Masakan Portugis,
Nasi Tumpeng Jawa, Rendang Itik ,
Siput Sedut Batang Keladi,
Sup Rusa, Kambing Golek
.Ayam Golek,
Rojak Mamak
, Ketupat , Lemang dan pelbagai lagi . Jom usha makanan yang sempat KP rakamkan sewaktu berada di sini
Mee and meehun ada juga
Menu -menu yang akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih daripada 100 hidangan setiap hari. Dari pembuka selera, sup , hidangan utama, minuman dan tidak lupa pencuci mulut.
Ubi rebus
Untuk penggemar durian pula , Serawa Durian, Bubur Durian. Wajik Durian, Dodol Lempok , Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan juga Puding Durian.
Buah-buahan tempatan pun ada
Harga Buffet Ramadan
Hai Nannie…..terima kasih dik