PIZA SSAMJEANG KINI KEMBALI, BEST WEI!

PIZA SSAMJEANG KINI KEMBALI, BEST WEI! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selepas dua tahun kini kembali dengan menjanjikan sesuatu yang baru dan lebih baik.

PIZA SSAMJEANG

Piza Ssamjeang yang sememangnya dinanti-nantikan ramai akhirnya kembali selepas dua tahun.

Kali ini menjanjikan sesuatu yang serba baharu dan lebih baik lagi dimana ianya adalah untuk tempoh terhad

Memberikan kepuasan tidak terhingga setiap kali makan, menjadikan sesiapa yang sanggup menahan pedas teringin untuk memesan lagi.

TAHUN ISTIMEWA TAHUN INI

“Tahun ini sesungguhnya istimewa bagi kami di Domino’s Pizza Malaysia. Kami meraikan tahun ke-25 memenuhi keperluan pelanggan dan mengutamakan mereka dalam segala yang kami lakukan.

Banyak perubahan selama ini, dan sentiasa mendahulukan pelanggan.

Berpegang kepada prinsip kami “Its All About You” (Segalanya Mengenai Anda) yang telah diterapkan dalam semua usaha kami.

Daripada membina laman web yang responsif dan sistem pesanan yang mudah klik kepada mencipta sos unik.

Juga mengubah menu di samping mengguna pakai teknologi kreatif di Domino’s”.

-Ketua Pegawai Eksekutif di Domino’s Pizza Malaysia, Shamsul Amree

PILIHAN PIZZA

Tiga Piza Ssamjeang terkenal Domino’s yang pedas lagi lazat dan ditambah baik terdiri daripada:

Beef Bulgogi Pizza -Sebagai pilihan paling pedas, piza ini pasti membuatkan anda ketagihkan sos Ssamjeang yang pedas berapi. Sesuai dengan selera rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas.

Dipenuhi degan inti hirisan daging tebal dan lazat yang diperap dalam sos bulgogi. Dimasak sempurna di atas sapuan sos Ssamjeang yang pedas menyengat.

Chicken Pizza

Sedikit kurang pedas disaluti sos bawang berkrim, Digandingkan sempurna dengan sos Ssamjeang pedas, untuk memenuhi selera berbeza rakyat Malaysia.

Tuna Pizza

Digandingkan sempurna dengan sos Ssamjeang pedas bersama Tuna, untuk memenuhi selera berbeza rakyat Malaysia.

AYAM-HASEYO, SEDAP KE?

Pilihan piza yang ditawarkan akan membolehkan rakyat Malaysia menjamu selera mereka dengan kelazatan makanan pedas berempah ala Korea.

Tetapi kepedasan yang dirasai bukan setakat pada piza sahaja. Boleh dinikmati bersama sajian sampingan Ayam-Haseyo.

Kepak ayam yang lembut lagi sedap ini dimasak sempurna, dan disaluti dengan sos Ssamjeang pasti akan menambat selera anda.

Penggemar ayam pedas pasti akan memesan berulang kali. Semestinya sajian sampingan terbaik untuk digandingkan dengan promosi hangat Ssamjeang Pizza.

Yang turut menggunakan sos Ssamjeang yang pedas berapi tetapi sungguh menyelerakan.

TEMA KEMPEN SSAMJEANG TAHUN INI

“Domino’s telah membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan yang unik dan kreatif dalam kempen Ssamjeang tahun ini.

Konsep ini, kami telah menggunakan tema “There’s Ssam Heat You Just Can’t Beat” (Kepedasan Ssam yang Sukar Ditandingi).

Juga “Dae-Back by Hot Demand” (Kembali Atas Permintaan Hangat).

Memberi tumpuan membawakan pengalaman Ssamjeang serba baharu dan lebih baik lagi.

PENAMBAHBAIKAN PADA PERISA BEEF BULGOGI SSAMJEANG

Kami telah menambah baik perisa Beef Bulgogi Ssamjeang Pizza yang paling popular. Mengambil masa 6 bulan untuk memastikan dagingnya lembut, lebih empuk untuk memperbaiki cita rasa Ssamjeang

Kami mahu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk tahu tentang ini.

Domino’s akan sentiasa membekalkan dan menghidangkan piza 5 bintang dan terus menawarkan Domino’s Everyday Value (Tawaran Bernilai Setiap Hari)”

-Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Malaysia, Singapura & Kemboja, Linda Hassan

THE SSAMJEANG HEAT CHALLENGE

Akan melancarkan “The Ssamjeang Heat Challenge” (Cabaran Hangat Ssamjeang).

Kempen yang bermula di cawangan-cawangan utama terpilih di Lembah Klang sebelum dibawa ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Tawaran Domino’s Everyday Value Buy 1 Free 2 (Beli 1 Percuma 2) dengan penghantaran PERCUMA atau dibawa pulang pada harga RM5 untuk Piza Peribadi.

Harga termurah di pasaran atau nikmati potongan 50% bagi semua piza sepanjang tahun!

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge