KLUANG RAIL COFFEE DI MALAYSIA BOOK OF RECORDS!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah tak terfikir yang kopitiam pun boleh ‘pecah rekod’?
KLUANG RAIL COFFEE
Kluang Rail Coffee dikenali kerana kopi tradisional Hainan [dihasilkan daripada kopi Liberica yang ditanam secara tempatan] dan roti bakar dengan mentega bersama kaya.
Mengharungi cabaran dan dugaan bermula dari Perang Dunia 2 dan Merdeka sehingga kepada Malaysan Emergency.
Perniagaan kopitiam ini tidak terjejas malah komited untuk menawarkan makanan dan minuman yang berkualiti pada komuniti sekeliling.
MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Tahukah anda dimana ini adalah kopitiam pertama yang dibuka pada tahun 1938 di Jalan Stesen Kluang. Johor. Sempena sambutan Ulangtahun ke 84, mendapat penghargaan dari Malaysia Book of Records baru-baru ini
“Nasi lemak bungkus dibuat oleh masyarakat tempatan adalah salah satu contoh. Kami berbangga menyatakan Kluang Rail Coffee adalah restoran Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
Ia juga adalah tempat yang diwujudkan di kereta api dan kopitiam sebenar rakyat Malaysia. Antara tempat yang menjadi tumpuan mengeratkan pelbagai bangsa degan hanya secawan kopi selama 84 tahun.
Penganugerahan yang diterima hari ini adalah hasil daripada usaha dan sokongan berterusan daripada rakyat Kluang. Mereka juga berhak menerima pengiktirafan ini.
Ini adalah salah satu rahsia terbaik di Kluang selama 84 tahun. Masa akan datang akan melibaykan pelbagai hidangan di cawangan serata negeri. Dapat membantu mempromosikan Kluang sebagai destinasi tarikan pelancong”
-Pengarah Kluang Rail Coffee Sdn Bhd, Lim Jit Tong
SEJARAH KLUANG RAIL COFFEE
Dibuka pada awal peperangan Dunia 2 dan telah mengalami detik-detik kepayahan sewaktu Tanah Melayu dijajah oleh British dan Jepun.
Beroperasi oleh Lim Huan Hee dengan pada masa itu hanya satu kati gula bersama beberapa tin susu sahaja yang ditawarkan. Sewaktu itu, ia berfungsi lebih kepada sebagai kantin yang menjadi tumpuan masyarakat sekeliling dan pekerja kerajaan.
2008, Lim Jit Chen dan saudaranya Lim Jit Tong bekerjasama mengembangkan lagi perniagaan dengan mempelbagaikan menu tempatan dan antarabangsa.
Kini sudah mempunyai empat kopitiam di Kluang dimana terletak di Jalan Duku , Jalan Tasik dan Sri Impian.
BUKA CAWANGAN BARU
Bakal membuka satu lagi cawangan di Kampung Masjid Lama, kopitiam asli yang dibina pada tahun 1909 ini terus menjadi sejarah.
Antara bangunan peliharaan sejarah dan dengan adanya Kluang Rail Coffee ia menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong di daerah Kluang.
Dengan adanya penganugerahan oleh Malaysia Book of Records dapat menjadikan sebagai tapak untuk mengembangkan lagi perniagaan.
Tahniah diatas pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records