TEH DILMAH TERBARU DALAM BENTUK BOTOL, AWESOME!

TEH DILMAH TERBARU DALAM BENTUK BOTOL, AWESOME! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ada masanya ingin menikmati secawan teh ais tapi masa tiada untuk membancuhnya. Kalau dapat yang sedia diminumkan senang. Ini untuk anda!

TEH AIS DILMAH

Kini mula berada di pasaran dimana, tidak perlu lagi untuk anda membancuh-nya dengan air panas. Boleh diminum terus dari botol.  

EMPAT PERISA BOLEH DIPILIH

Terdapat EMPAT perisa yang anda boleh pilih dimana kesemuanya mempunyai kandungan gula yang rendah. Selain itu juga mengandungi madu asli dan tanpa pengawet.

  • Rose & French Vanilla [Teh Hijau]

Aromatik dengan bauan bunga, berperisa ros dengan sedikit Vanila French. Bergabung dengan Teh Hijau Ceylon, Elegan dan sofistikasi, sangat sesuai diminum pada waktu petang dan malam

  • Arabian Jasmine [Teh Hijau]

Gabungan bauan aromatik bersama Jasmine. Bau bunga Jasmine yang lembut dan manis memberi hasil yang menyegarkan. Memang sesuai diminum terus dari botol!

  • Royal English [Teh Hitam]

Keenakan Teh Hitam Ceylon diserlahkan pada setiap hirupan teh yang sesuai diminum pada waktu pagi. Setiap hirusan membawa rasa klasik yang mendapat anggukan dari mereka yang menikmatinya

  • White Peach [Teh Hitam]

Kaya dengan rasa buah pic, menjadikannya teh yang sedap untuk diminum. Sambil menghayati kemanisan rasa teh yang kaya dengan perisa buah pic

KOMITMEN DILMAH

 “Sudah menjadi warisan Dilmah menghasilkan teh berkualiti di dunia dan dengan menawarkan minuman teh ais dalam bentuk botol yang sedia diminum.

Menjanjikan komitmen Dilmah yang berterusan dalam mengembangkan kategori minuman dalam perniagaan kumpulan kami.

Kami tahu yang pelanggan mencari-cari minuman yang mempunyai banyak fungsi kelebihan.  

Rangkaian Minuman Sedia Diminum Dilmah adalah jawapan yang mereka cari.

Minuman teh yang sedap dan menyegarkan yang menjalani proses minima dalam memastikan ia kekal sedap semula jadi “

-Dato’ Sydney Quays, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad.

PETIK DAUN TEH TERBAIK DARI SRI LANKA

Untuk menghasilkan teh berkualiti, Dilmah memulakannya dengan memetik daun teh terbaik dari Sri Lanka.

Ditanam di tanah yang kaya dengan mineral, menerima cahaya matahari serta hujan yang cukup. Terletak di Taman Teh Rilhena yang terletak di atas bukit di tengah Sri Lanka.

Daun-daun yang sudah dipetik akan diperam, dikeringkan dan teh akan diekstrak oleh pekerja mahir.

Air lebihan dalam teh akan disejat pada suhu rendah dibawah vakuum untuk menghasilkan teh yang kaya konsentrasi.

Secara tak langsung mengekalkan kebaikan teh secara semula jadi dengan menghasilkan rasa yang enak.

Hasilnya produk tinggi antioksidam kurang kandungan gula dan dihasilkan mengguna madu asli tanpa pengawet.

PERKENAL TEH AIS ASLI

“Rakyat Malaysia memang dikenali kerana kesukaan mereka pada makanan sedap dan teh yang sedap. Jadi kami sangat gembira memperkenalkan teh ais asli pada mereka.

Bertahun lamanya, keluarga kami sangat menghormati komitmen bapa kami dalam menghasilkan teh berkualiti, beretika dan mampan.

Kami sangat gembira dapat berkongsi minat kami dalam format baru yang bukan sahaja menyegarkan, memberi kepuasan dan kepakaran kami dalam setiap hirupan. 

Turut menawarkan kebaikan teh yang dihasilkan dengan etika”

-Dilhan, Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea.

SETIAP BOTOL WAKIL KESETIAAN

Setiap botol ini mewakili kesetiaan Perintis Dilmah tea iaitu Merrill J.Fernando selama 72 tahun kepada teh.

Segar daripada taman, teh ini menjadi hallmark kepada Dilmah yang menawarkan rasa asli dan keunikan teh yang kaya dengan rasa dan kebaikan alam semula jadi.

Sejak ia bermula, Dilmah memastikan mereka menawarkan peoduk yang terbaik daripada tanaman hingga kepada minuman teh. Juga selari dengan inovasi supaya dunia yang didiami menjadi dunia yang sihat, gembira dan terbaik.

Syarikat juga memastikan akan terus komited dalam perdagangan dengan memastikan syarikat adalah perkhidmatan manusia.

Ini menjadikan Dilmah tea adalah syarikat pertama sempamanya yang menghasilkan produk tea secara berhemah.

Produk baru ini boleh didapati di pasar raya permium dan kedai serbaneka di seluruh negara.

Melalui pengedar tempatan iaitu Berjaya Food Trading, subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Food Berhad (KLSE:BJFOOD)

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge