Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Philips All-In-One Pressure Cooker menjanjikan hidangan raya terpantas !!. Seperti tidak percaya tetapi itulah kenyataannya. Dikatakan Philips iaitu All-In-One Pressure Cooker bukan sahaja pressure cooker yang biasa dan bakal membantu anda semua sewaktu menyediakan hidangan terutama Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Mudah ,pantas dan pastinya sedap kerana itu yang menjadikan hidangan Raya terbaik
Pelancaran Philips All-In-One Pressure Cooker bukan sahaja menyaksikan pelancaran produk tetapi juga kelebihan apabila memasak menggunakan produk ini. Kebetulan Ramadan dan Raya bakal tiba pastinya ia dapat membantu untuk menyiapkan hidangan juadah yang mengambil masa lama dimana dapat diselesaikan dalam 8 X lagi cepat
Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia berkata
“Ramadan dan Raya adalah waktu untuk keluarga dan rakan handai berkumpul menikmati hidangan
memuaskan, dan biasanya adalah masa buat rakyat Malaysia untuk merasai dan menghargai hidangan
Melayu tradisional dimasak di rumah yang lazat seperti rendang, kari dan sup. Namun, proses memasak bagi sesetengah resipi tradisional ini memakan masa dan boleh mengambil waktu memasak perlahan sehingga beberapa jam bagi mendapatkan rasa dan tekstur yang optimum dalam hidangan. Sejajar dengan misi kami untuk membantu orang ramai membaiki hidup mereka, Philips Malaysia mahu membantu anda mengekalkan tradisi tradisional ini menerusi inovasi moden dengan membantu anda memasak hidangan buka puasa dan Raya kegemaran dengan cara lebih senang, jadi anda adal ebih banyak masa untuk bersama mereka yang tersayang,”
Sambung beliau lagi
“Kami bekerjasama dengan Chef Marina Mustafa sempena pelancaran Philips All-In- One Pressure Cooker generasi baru ini kerana dia mempunyai pendekatan inovatif bagi menyediakan hidangan tradisional masak di rumah yang lazat dan sihat. Dia berkongsi wawasan kami dalam menawarkan resipi sihat nan lazat bagi pelanggan. Dengan Philips All-In-One Pressure Cooker terbaru ini, ia tidak lagi mustahil,”
Sewaktu pelancaran Chef Marina turut berkongsi tentang pengalaman semasa beliau menggunakan produk ini. Beberapa tips juga dikongsi bersama agar para tetamu dapat menhidangkan juadah yang pantas, mudah dan sedap.
Produk Philips All-In- One Pressure Cooker
Philips All-In- One Pressure Cooker bukan baru bertapak di Malaysia. Ianya sudah dikenali dan kali ini ia telah di beri pembaikan baru untuk memberikan pilihan kepada anda. Seperti contoh pilihan terbaru yang ada adalah anda boleh memasak dengan perlahan atau menggunakan tekanan.Yang menjadi tarikan kepada KP ialah ianya dapat memasak 8 X lebih cepat dari biasa dan semestinya ia menjimatkan masa di dapur. Mempunyai fungsi (sauté), membakar dan memanaskan semuanya dengan menggunakan produk ini. Bahagian dalam periuk the Philips All-In- One Pressure Cooker diperbuat daripada aloi aluminium adalah sangat tahan lama dan menawarkan pengaliran haba dengan lebih menyeluruh dan hasil masakan yang rata.
Ia disalut dengan salutan Whitford keemasan yang istimewa, anti calar dan tidak melekat. Dengan penjaga masa mudah-diprogram yang member indikasi progres masakan, hari-hari di mana anda perlu meneka sama ada hidangan sudah siap dimasak kini berakhir.
Antara chef yang terlibat bakal menghidangkan acarbuah, mee rebus, dodol, dan juga lamb shank
Pembelian Philips All-In- One Pressure Cooker
Harga yang dijual adalah RM 799 dan boleh di beli di semua rakan runcit dan pengedar Philips di serluruh negara. Anda juga boleh membuat pembelian di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, Sutera Mall, Johor Bahru; Menara Axis, Petaling Jaya & di Pulau Pinang
Antara hidangan yang telah di masak menggunakan Philips All-In- One Pressure Cooker sewaktu pelancaran
Rendang
Mee Rebus Sup Tulang
Kek Gula Hangus
Acar Buah
Jadi urusan memasak di malam raya pastinya cepat dan pantas. Tiada lagi menunggu begitu lama di dapur untuk menyiapkan hidangan juadah Hari Raya. Menarik juga di berikan hadiah buat ibu tersayang untuk masak -masak .. Inginkan maklumat lanjut
Website Philips : www.philips.com.my
Website Kedai Rasmi Philips di Lazada: http://www.lazada.com.my/philips-official- store/.