MTPN SELANGOR BERI PENGHORMATAN PADA 66 PENERIMA ANUGERAH, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor, Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2021-2022 telah diadakan di Hotel Le Meridian Putrajaya.
ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA (CCA) 2021-2022
Acara penganugerahan ini turut dihadiri Tetamu Kehormat Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor.
PENELITIAN TIGA PERINGKAT SEBELUM LAYAK
Seperti CCA sebelumnya, para pemenang anugerah ini telah melalui penelitian tigaperingkat oleh MTPN Selangor bagi memastikan mereka betul-betul layak.
Daripada 213 calon, hanya 66 yang menerima pengiktirafan ini dengan membawa pulang trofi CCA sebagai bukti pencapaian cemerlang mereka di dalam industri yang diceburi.
Percaya bahawa dengan mengiktiraf syarikat-syarikat ini, ianya mampu meningkatkan daya saing disamping mengembangkan pertumbuhan ekonomi tempatan. Terutama sekali di dalam menangani kesan pandemik COVID-19.
PELBAGAI AKTIVITI CSR
Selain daripada peneraju industri, MTPN Selangor turut memberi pengiktirafan kepada beberapa organisasi yang telah berbakti kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti CSR sepanjang tahun.
Sambil mengambil iktibar bahawa negara telah banyak menghadapi halangan dan cabaran di tahun-tahun sebelumnya. Hubungan positif di antara peniaga dan pengguna merupakan tunjang kepada MTPN.
Ini merupakan sebab utama MTPN menasihati orang awam untuk mengutamakan kejujuran dan integriti semasa memberi perkhidmatan kepada pengguna.
PENERIMA ANUGERAH CCA
Para penerima anugerah CCA ditekankan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sah kepada para pengguna yang khuatir tentang kredibiliti sesebuah perkhidmatan.
Justeru, inisiatif oleh MTPN Selangor ini bertujuan untuk menggalakkan para peniaga untuk beroperasi menggunakan sistem perniagaan yang sah melalui program “Idenfic” yang diperkenalkan oleh MTPN.
TUJUAN PROGRAM
Program ini bertujuan untuk mengutamakan kredibiliti, kepercayaan dan pengiktirafan bagi peniaga dan pengguna.
“Bertujuan untuk megiktiraf integriti, kejujuran dan profesionalisma di dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna, MTPN Selangor telah menganjurkan CCA bagi mencapai matlamat ini.
Pengiktirafan ini diberikan kepada syarikat-syarikat yang membuktikan usaha cemerlang mereka di dalam hal ehwal pengguna dan perniagaan”.
-Dato’ Gavin berkata.
MISI KERAJAAN SELANGOR
“Perkara yang menarik perhatian saya adalah visi MTPN yang selari dengan misi Kerajaan Selangor yakni ‘Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri, Pintar dan Peduli Rakyat’.
Dengan ini, saya ingin melibatkan diri dengan memberi sokongan kepada MTPN Selangor dengan harapan perniagaan-perniagaan di Selangor akan terus maju.
-YB Tuan Mohd Zawawi menjelaskan pandangan beliau.