Malam penuh gilang-gemilang ini dijangka menjadi detik bersejarah dalam dunia muzik dan kecantikan. Apabila tiga ikon terkenal dari Malaysia dan Indonesia bergabung dalam satu pentas konsert farmasi soundzation 2024

KONSERT FARMASI SOUNDZATION 2024

Bunga Citra Lestari (BCL) akan memukau peminatnya sekali lagi dalam satu persembahan istimewa di Konsert FARMASI Soundzation yang bakal berlangsung pada 30 November ini di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Konsert ini menampilkan BCL, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, bersama Ghea Indrawari yang sedang meningkat naik, serta Elly Mazlein, selebriti serba boleh tanah air yang akan mengisi peranan sebagai pengacara dan penyanyi.

KONSERT FARMASI SOUNDZATION 2024

PLATFORM PENTING

Konsert FARMASI Soundzation bukan sekadar acara hiburan, tetapi juga merupakan platform penting bagi melancarkan jenama kosmetik antarabangsa, FARMASI, ke pasaran Asia.

Dengan reputasi sebagai peneraju dalam industri kosmetik halal, FARMASI, yang berpangkalan di Turkiye, mengambil langkah besar dengan memilih Malaysia sebagai pasaran pertama di Asia.

MERAIKAN PEMERKASAAN WANITA

Ellie G, Pengarah Projek dan Konsert, menyatakan bahawa konsert ini direka khas untuk meraikan pemerkasaan wanita.

KENAPA BCL

Di mana BCL dipilih bukan sahaja kerana bakat dan popularitinya, tetapi juga kerana keberaniannya sebagai simbol kebangkitan wanita moden.

KONSERT FARMASI SOUNDZATION 2024

BCL akan mempamerkan pesonanya dalam satu persembahan hampir tiga jam, diiringi oleh Ghea Indrawari yang telah mencuri perhatian ramai dengan lagu hit Jiwa Yang Bersedih.

BAGI ELLY MAZLEIN

Manakala, Elly Mazlein dijangka mencuri tumpuan dengan bakat pengacaraannya yang lincah dan vokalnya yang mantap. Ellie G menambah bahawa gabungan bintang ini akan membawa satu persembahan yang luar biasa, mencipta suasana yang penuh emosi, inspirasi, dan kemeriahan.

Dalam masa yang sama, konsert ini akan mempromosikan nilai-nilai kecantikan sejati yang dipegang oleh FARMASI – kecantikan yang terhasil dari kekuatan dalaman dan luaran.

DISOKONG OLEH

Disokong oleh pasukan kreatif yang hebat, termasuk pemuzik legenda Man Kidal sebagai Pengarah Konsert dan Muzik serta Jerry Hend sebagai Pengarah Kreatif, Konsert FARMASI Soundzation dijangka menjadi satu acara ikonik.

Bukan sahaja ia akan menyatukan audiens dari pelbagai latar belakang, tetapi juga menawarkan pelbagai hadiah menarik. Ellie G mengumumkan bahawa setiap pemegang tiket layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Bezza.

Selain itu, setiap pemegang tiket juga akan menerima rangkaian produk FARMASI sebagai tanda penghargaan. Acara ini direka untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada audiens, memastikan tiada siapa yang pulang dengan tangan kosong.

KONSERT FARMASI SOUNDZATION 2024

Presiden FARMASI, Emre Tuna, turut hadir pada majlis pengumuman konsert ini, dan beliau menyatakan bahawa kehadiran jenama ini di Malaysia adalah permulaan penting untuk perkembangan FARMASI di Asia.

Beliau berkongsi bahawa jenama ini telah berjaya berkembang ke 39 negara di seluruh dunia, dan kini bersedia untuk menakluk pasaran Asia dengan pendekatan yang lebih eksklusif dan relevan kepada budaya tempatan.

Konsert FARMASI Soundzation menjadi bukti komitmen mereka dalam membawa perubahan positif, bukan hanya dalam dunia kecantikan, tetapi juga dalam kehidupan seharian audiens.

HARGA TIKET

Dengan harga tiket bermula dari RM288 hingga RM1,088, Konsert FARMASI Soundzation menjanjikan malam yang penuh dengan hiburan berkualiti tinggi.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge