PERAK BOX OFFICE, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bagi anda yang suka travel atau melancong, apa kata masukkan Perak salah satu dari destinasi anda!
PERAK BOX OFFICE
Satu platform penjualan tiket yang unik dan khusus untuk negeri Perak yang menerima sokongan daripada PKP Perak serta People of Remarkable Talents (PORT).
Inisiatif ini diwujudkan sebagai cara untuk meningkatkan industri pelancongan negeri Perak dan dijangka dapat menjana lebih dari RM70 juta dalam tempoh LIMA tahun.
PELANCARAN
Majlis pelancaran telah dihadiri dan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan Negeri Perak (PKP Perak), YB Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohammed Radzi.
“Saya berasa gembira dapat menyambut pelancong tempatan dan antarabangsa ke destinasi pelancongan kami dan melakarkan memori yang berkekalan.
Sepanjang tempoh pasca pandemik, saya sedar yang kita boleh lakukan yang lebih baik untuk #travelperaklah dan Cuti-Cuti Malaysia.
PLATFORM BUAT PARA PELANCONG
Platform seperti ‘Perak Box Office’ bukan sahaja berguna kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi destinasi-destinasi di Perak.
Jua mendapat maklumat terkini mengenai acara.
Selain itu juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan negeri Perak dengan menjana pendapatan sebanyak RM 70 juta dalam tempoh lima tahun.”.
PERAK DESTINASI PELANCONGAN
Perak adalah salah satu destinasi pilihan pelancongan di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna serta kaya dengan sejarah yang sememangnya menjadi tarikan pelancongan.
Selain itu, pelbagai acara seni kreatif dan kebudayaan kerap dianjurkan bagi menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa.
Sebagai usaha untuk menonjolkan tarikan-tarikan di negeri ini, L’Univers dan Pouch Nation telah berganding bahu menghasilkan sebuah platform digital menyeluruh.
Ini untuk memudahkan pengunjung mengakses tarikan-tarikan yang menarik dan acara-acara yang sedang berlangsung.
Termasuklah konsert, perayaan, festival makanan, festival muzik, pameran dan konvensyen, pertunjukan bot antarabangsa, pertunjukan kereta dan acara triathlon.
THE UK BUBBLE SHOW
L’Univers mengumumkan mereka akan membawa pertunjukan-pertunjukan seni kreatif dan kebudayaan dari serata dunia ke negeri Perak, bermula dengan pelancaran “The UK Bubble Show”.
Sebuah pertunjukan silap mata yang memenangi anugerah menampilkan pemegang beberapa Rekod Dunia, Eran Backler yang bakal mencipta satu lagi Rekod Dunia di Malaysia.
Selain itu, pelancong juga akan disajikan dengan pelbagai pertunjukan yang menghiburkan pada suku akhir tahun 2022, yang akan tersedia di platform ‘Perak Box Office’ kelak. Ini termasuk:
Simposium Muzik Antarabangsa, Festival Jazz- Pulau Pangkor, Hari Keluarga Krismas- Gopeng, Pesta Laut- Lumut, Bengkel Tarian & Gimnastik PSTPA dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.
POUCH NATION
“Malaysia merupakan negara yang menakjubkan dengan pelbagai tarikan. Semasa menerokai negeri Perak, kami di Pouch Nation amat menghargai kecantikannya dan kepelbagaian tarikan yang tersedia Termasuklah juadah-juadah tempatan.
Walaubagaimanapun, Perak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya, dan saya berbangga kerana dapat menonjolkan keunikan negeri Perak melalui solusi digital kami.
Dapat membantu para pemain industri pelancongan memodenkan pemasaran mereka untuk menarik minat lebih ramai orang.”
Ketua Pegawai Operasi Pouch Nation, Gonçalo Vaz de Carvalho
BAKAL MELONJAKKAN PERAK KE PERINGKAT LEBIH TINGGI
“Untuk negeri yang memiliki bakat-bakat mengagumkan dan kepelbagaian budaya, ‘Perak Box Office’ bertindak sebagai pentas untuk negeri Perak dan Malaysia menonjolkan tarikan-tarikan kepada dunia.
Di dalam membangunkan platform ini, kami mampu membawa lebih ramai pengunjung ke negeri Perak dan bakal mencipta peluang pekerjaan di samping mempromosikan pelancongan.
Saya percaya, ‘Perak Box Office’ bakal melonjakkan Perak ke peringkat yang lebih tinggi, menarik pelancong tempatan dan antarabangsa penuh dengan elemen-elemen seni kreatif dan kebudayaan yang mempersonakan.”.
-Ketua Pegawai Eksekutif L’Univers, Shannon Lee