TAHNIAH K PLUS FOOD MARKET, MEMANG THE BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat makanan KOREA terutamanya. ini berita baik untuk anda!
K PLUS FOOD MARKET
Pasaraya premium Korea yang pertama dan terbesar dibuka di pusat membeli-belah The Curve baru-baru ini.
Majlis pembukaan telah dihadiri oleh Cef Selebriti Malaysia terkemuka, hos rancangan TV dan pengusaha restoran, Datuk Dr. Cef Wan.
LUAS 28,000 KAKI PERSEGI
Pasar raya yang mempunyai keluasan kira-kira 28,000 kaki persegi itu menawarkan pelbagai makanan dari kafe ala Korea.
Ada juga area daging dan makanan laut segar, area hidangan sampingan (banchan), kimchi dan banyak lagi.
INISIATIF K-ECO MART
K Plus Food Market dilancarkan sebagai inisiatif K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd. menghubungkan budaya di antara Malaysia dan Korea Selatan.
Disamping mempromosi pelancongan rentas budaya; sepertimana permintaan produk dari Korea Selatan meningkat disebabkan oleh pengaruh budaya pop Korea.
GAYA HIDUP KOREA
Sebagai peneraju peruncitan di Malaysia, K-Eco Mart membawakan produk-produk yang diminati termasuk makanan dan minuman, barangan kecantikan, barangan rumah dan banyak lagi.
Rakyat Malaysia berpeluang untuk meneroka dan merasai ‘Gaya Hidup Korea’ di pasaraya sehenti ini.
KOMITMEN PENGALAMAN BUDAYA KOREA
Memandangkan kini Malaysia sedang melalui fasa endemik. Kini bertindak sebagai mercu tanda kepada rakyat tempatan yang masih ragu-ragu untuk melancong ke luar negara.
Sebagai komitmen untuk memberi pengalaman budaya Korea secara menyeluruh juga telah berunding dengan pereka dalaman terbaik dari Seoul untuk pengubahsuaian K PLUS Food Market.
Ini bagi menampilkan paparan estetik kepada pengunjung supaya mereka dapat menikmati gaya hidup Korea yang serba moden di negara sendiri dengan lebih selamat dan selesa.
BUKTI KOREA SELATAN DAN MALAYSIA BERDEDIKASI
“Dengan melihat terbinanya pasaraya baru ini, saya percaya ini adalah bukti bagaimana Korea Selatan dan Malaysia berdedikasii.
Bagi memperkasakan satu sama lain dan saya teruja melihat kedua-dua negara terus menuju ke masa hadapan.”
-Encik Im Chae Wook, Kaunselor kepada Kedutaan Republik Korea.
PLATFORM SERBA LENGKAP DARI KOREA
“Malaysia sentiasa mengalu-alukan dan menghormati budaya lain, dan untuk saya, ini adalah keistimewaan negara kita.
Saya berbangga kerana dapat menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan melalui K Plus Food Market.
Selain memenuhi permintaan pengguna yang mengutamakan produk yang berkualiti dan tulen.
Dengan pelancaran ini, saya teruja untuk menyediakan platform serba lengkap kepada rakyat Malaysia demi memenuhi keperluan produk Korea anda.”
-Pengerusi K-Eco Mart, Datuk Matthew Lew.
K-Eco Market turut teruja untuk menyambut pengunjung tempatan dan antarabangsa ke sini. Di mana peminat budaya pop Korea dapat membeli barangan Korea yang hanya dapat dilihat di kaca televisyen sebelum ini.